Tarikh | :7 & 8 Febuari 2022 |
Masa | :10.00 am- 12.00 pm |
Peserta | :4 Orang |
Lokasi | :Bilik Latihan PEDi Kg Si Rusa |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh empat orang usahawan yang terdiri daripada usahawan baru dan sedia ada dimana mereka sudah menjalankan perniagaan tetapi belum mempunyai platform e-dagang .Tujuan kelas ini adalah untuk memberi penerangan mengenai pasaran perniagaan secara atas talian(online) kepada usahawan yang ingin membuka perniagaan secara atas talian.Selain itu, petugas Rakan Digital (RD) PEDi Kg Sirusa juga mengenalkan Skim Pembiayaan Perniagaan kepada usahawan baru serta penerangan mengenai Geran Digitalisasi untuk Perniaga Kecil Sederhana (PKS) | |
Aktiviti | |
Sebelum memulakan kelas, petugas RD menerangkan terlebih dahulu apa itu pasaran perniagaan secara atas talian (online) kepada usahawan.Petugas membantu usahawan untuk mendaftarkan kedai mereka dalam plafrom e-dagang yang bersesuaian.Petugas juga menerangkan cara bersesuaian untuk membuat pasaran produk mereka dengan betul serta mengajar cara untuk menaip kapsyen yang betul pada setiap produk yang akan dipasarkan. Dengan adanya kelas ini dapat membantu para usahawan untuk meluaskan lagu pasasran produk mereka dan dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka. |