Persatuan Belia Kg Si Rusa terdiri daripada 14 orang golongan muda yang diberi peranan besar bagi mewarisi kepimpinan negara kelak. Barisan ini yang sentiasa akan bekerjasama dalam setiap aktiviti yang dirancang hingga jayanya.
Sumbangan WANITA di dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting. Golongan WANITA di Kampung Si Rusa yang terdiri daripada Jawatankuasa ini telah banyak memberi tenaga dan khidmat dalam menyatupadukan masyarakat dalam Kampung ini. Usaha bagi memperkukuhkan hubungan masyarakat dilaksanakan oleh mereka dengan mengadakan beberapa program seperti bacaan yaasin perdana, gotong-royong kembara dan lain-lain lagi.
Kampung Si Rusa terletak di Mukim Bagan Pinang, Daerah Port Dickson dan berhampiran dengan Pantai Peranginan Batu 4. Terdapat 8 Taman Perumahan yang berdekatan kampung Si Rusa, antaranya, Taman Eastern, Taman Desa Rusa, Taman Dato Abd Samad, Taman Sri Pinang dan lain-lain.
AHLI PARLIMEN, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI, PEGAWAI DAERAH, PENGHULU DAN KETUA KAMPUNG.
AHLI PARLIMEN YAB DATO' SERI HJ AMINUDDIN BIN HARUN (PORT DICKSON) |
||
ADUN Y.B. USTAZ ABDUL FATAH BIN ZAKARIA (BAGAN PINANG) |
||
PEGAWAI DAERAH PUAN NURHAZELIN BINTI MAKLI |
||
PENGHULU MUKIM SIRUSA ENCIK SHARIFUDDIN
|
||
IMAM/KETUA AGAMA HJ. ABU HANZALAH BIN HJ. ABU BAKAR (Kariah Masjid Bagan Pinang) |