logo Pi1m si rusa 2

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan NADI untuk menyediakan dan melaksanakn pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhimatan Sejagat(USP).  NaDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti(JPK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

NADI Kg SiRusa telah ditubuhkan pada 25 Mac 2017 secara tidak rasmi dan kini telah beroperasi secara rasminya bermula pada 21 April 2017.NADI Kg Si Rusa merupakan Pusat Internet di bawah Telekom Malaysia Berhad(TM).  NaDi juga dikategorikan dalam Fasa Clawback 2015 iaitu projek di bawah MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.  

Lokasi NADI  Kg Si Rusa ini terletak di Balairaya Kg Si Rusa berhampiran dengan Pantai Batu 4 Port Dickson.  Petugas di Pusat ini terdiri daripada seorang Pengurus iaitu Puan Noraishah Binti Ismaill@Ismail dan seorang Penolong Pengurus adalah Encik Muhamad Yusman Bin Omar.

 

OBJEKTIF NaDi :-

  • Kemudahan akses internet secara kolektif
  • Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
  • Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
  • Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
  • Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

 

REKOD KEAHLIAN SEPANJANG 2017 HINGGA 2023:-

BILANGAN KESELURUHAN 2017 316 ORANG
BILANGAN KESELURUHAN 2018 136 ORANG
BILANGAN KESELURUHAN 2019 131 ORANG
BILANGAN KESELURUHAN 2020  28 ORANG
BILANGAN KESELURUHAN 2021  20 ORANG
BILANGAN KESELURUHAN 2022 78 ORANG
BILANGAN KESELURUHAN 2023 17 ORANG
JUMLAH KESELURUHAN 726 ORANG

 

 * JUMLAH SEHINGGA 12 JUN 2023

 

PETUGAS NADi KG SI RUSA :-

 

        PENGURUS 

Nama : Noraishah Binti Ismaill@Ismail

Mula Berkhidmat : 16 April 2023

 

PENOLONG PENGURUS

Nama : Muhamad Yusman Bin Omar

Mula Berkhidmat : 15 April 2017