KLINIK KESIHATAN DAN KLINIK DESA BAGAN PINANG,SI RUSA
Jaraknya adalah 1km dari Kampung Si Rusa. Seperti klinik-klinik kesihatan yang lain, klinik ini juga menyediakan perkhidmatan pesakit luar, klinik bayi dan ibu mengandung, klinik kanak-kanak dan sebagainya.
HOSPITAL PORT DICKSON
Jaraknya lebih kurang 3km dari Kampung Si Rusa.Ia merupakan Hospital utama di Port Dickson.Dengan bertambahnya klinik Pakar,ia menambaik baik lagi fungsi Hospital ini sesuai dengan lokasinya sebagai tempat rekreasi negara dan pertambahan populasi penduduk.
Sekiranya berlaku kes kecemasan,Hospital ini dihubungkan dengan lebuhraya yang menuju terus ke Seremban dan Kuala Lumpur memudahkan pesakit untuk dihantar ke hospital Utama yang lain.