Nama : Muhammad Syahid Bin Othman

Umur : 18 Tahun

Ahli : 01/04/2023

 

Latar belakang

Beliau adalah anak pertama daripada dua adik beradik merupakan lepasan SPM pada 2022 dan baru sahaja menerima keputusan SPM pada Jun 2023.Beliau berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan ingin mempelajari ilmu asas Microsoft Office sebelum menyambung pelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang berkemahiran di dalam aplikasi yang terdapat di dalam Microsoft Office.Menyedari bahawa ia adalah keperluan sebelum melanjutkan pelajaran,beliau hadir ke PEDi Kg Si Rusa untuk menimba ilmu asas Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah dua bulan menyertai kelas sejak April 2023,beliau sudah mempelajari kaedah asas aplikasi di dalam Microsoft Word seperti menaip surat rasmi dan kertas kerja.Di dalam Powerpoint beliau telah mempelajari asas untuk membuat pembentangan  dan memasukkan imej serta audio ke dalam presentation.Untuk Microsoft Excel pula,beliau telah mempelajari untuk membuat jadual dan memasukkan format matematik di dalam sel seperti SUM,ADD,DEVIDE dan PERCENTAGE

syahid

 

Nama : Mohamad Helmi Bin Hasim

Umur : 28 Tahun

Ahli : 01/08/2020

 

Latar belakang

Beliau adalah seorang anak muda yang bersemangat di dalam melakukan kerja.Selain menjalankan perniagaan sendiri,beliau terlibat sebagai salah seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di Port Dickson.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sebelum ini datang ke PEDi Kg Si Rusa untuk menggunakan khidmat seperti mencetak, fotostat dan juga menjalankan aktiviti online..Namun perniagaannya yang berkait rapat dengan proses design dan mencetak laser memerlukan komputer riba sebagai antara komponen utama.Jadi sekiranya komputer ribanya bermasalah,proses penghasilan produknya juga akan terganggu

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau menjadi ahli PEDi sejak 2020, beliau telah terlibat dengan pelbagai kelas ICT.Untuk kelas yang melibatkan merekabentuk,beliau telah menjalani kelas Adobe Illustrator dan juga Photoshop.Selain itu beliau juga telah mempelajari teknik tambahan yang diperlukan di dalam proses design seperti image format conversion.

Pada bulan Mac 2023,beliau telah mengalami masalah pada komputer ribanya di mana ia akan shutdown secara tiba-tiba setelah beberapa minit dihidupkan.Beliau telah membawa komputer riba tersebut ke PEDi Kg Si Rusa untuk bantuan.Setelah diperiksa,petugas PEDi menunjukkan punca masalah dan perkakasan yang perlu diganti.Ketika itu juga beliau mempelajari asas-asas perkakasan komponen yang terdapat di dalam komputer riba dan cara-cara mengenalpasti masalah untuk diselesaikan.

helmi 4

Nama : Siti Nor Marsha Binti Abdullah 

Umur : 12 Tahun

Ahli : 31/01/2020

 

Penggunaan perkhidmatan PI, peralatan komputer, pengenalan aplikasi atas talian, dan penggunaan aplikasi Ms Office.

Latar belakang

Siti Nor Marsha yang lebih dikenali dengan nama Marsha, merupakan pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan SiRusa.  Beliau anak kedua daripada 3 orang adik beradik.  Mula menjadi ahli PI Kg Si Rusa pada 31 Januari 2020.  Beliau berminat untuk mempelajari ICT dan sering menyertai kelas apa sahaja kerana minat beliau untuk menjadi pelajar celik IT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Marsha ini antara pelajar yang sering hadir ke kelas latihan yang diadakan oleh PI Kg SiRusa.  Bagi kegunaan komputer, beliau kurang mahir untuk memilih pilihan di dalam aplikasi Ms Office dan juga aplikasi pembelajaran atas talian.  Adik Marsha ini juga tidak pernah cuba untuk membuat carian di laman google. Semasa menggunakan komputer di PI, beliau kerap bertanya bagaimana untuk menggunakan internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah hampir 3 bulan mengikuti kelas latihan, beliau tidak lagi memerlukan bantuan ketika melayari laman web pembelajarannya.  Banyak perbezaan selepas mengikuti kelas latihan di PI seperti mahir dalam penggunaan Ms Office untuk membuat kerja sekolahnya.

marsha

 

Nama : Muhammad Rafiq Aiman Bin Muhammad Fitrie

Umur : 8 Tahun

Ahli : 13/07/2022

Penggunaan perkhidmatan PEDi,Cara melayari internet dengan Bijak dan E-Tuisyen.

Latar belakang

Rafiq Aiman merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik dan seorang pelajar sekolah rendah yang berusia 8 tahun.Beliau merupakan seorang yang cepat belajar dalam sesuatu perkara. Oleh itu, beliau mengambil peluang untuk mempelajari asas pengunaan komputer di PEDi Kg Si Rusa. Selain itu, beliau juga aktif mengikuti kelas E-Tuisyen di PEDi Kg Si Rusa bagi menguasai subjek yang perlu diperbaikinya iaitu sebjek Matematik dan English. Hasil daripada itu, beliau dapat meningkatkan keputusan sangat baik dalam pentaksiran sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sebelum ini datang ke PEDi Kg Si Rusa untuk menggunakan khidmat seperti mencetak, fotostat dan juga menyiapkan tugasan sekolahnya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau menjadi ahli PEDi, beliau telah terlibat dengan pelbagai kelas ICT di PEDi antaranya asas komputer, Klik Dengan Bijak, dan e-tuisyen anjuran MSD. Kini beliau mahir menggunakan komputer dan pencapaiannya didalam pelajaran semakin meningkat dan mendapat keputusan sangat baik dalam pentaksiran sekolah rendah.

Rafiq

 

Nama : Wan Rosmiliza Binti Wan Samat

Umur : 34 Tahun

Ahli : 26/07/2020

 

Puan Wan berumur 34 Tahun dan berasal daripada Melaka, kini menetap di Port Dickson hampir 3 tahun.  Puan Wan merupakan ahli perniagaan secara kecil-kecilan menjual sambal Kacang Wanys.

Latar belakang

Merupakan anak 2 daripada 4 adik beradik.  Menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan hampir 3 tahun.  Mempunyai3 orang anak iaitu 1 orang lelaki dan dua orang perempuan.  Hampir 1 tahun menjual kacang wanys di rumahnya namun masih tidak mahir menggunakan media sosial.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum hadir ke PI Kg Si Rusa, beliau tidak pandai menggunakan aplikasi online terutamanya Facebook, shopee, Web Whatsapp, dan membuat laman web secara atas talian.  Beliau juga tidak berani untuk mempelajari penggunaan internet pada mulanya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial sepereti shopee dan mengetahui serba sedikit untuk mempromosikan hasil perniagaan beliau.  Puan Radia agak mahir untuk membuat posting di facebook tiap-tiap hari. 

wan kacang