Si Rusa adalah sebuah kampung yang berkawasan kecil, namun terdapat beberapa kemudahan asas yang lengkap seperti Klinik kesihatan, Balai Polis dan juga syarikat GLC seperti Pos Malaysia. Di dalam sektor pendidikan, terdapat Sekolah Rendah Kebangsaan Panglima Adnan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana yang tersedia mendidik anak bangsa. Bagi pendidikan awal persekolahan pula terdapat sebuah Tabika KEMAS yang terletak berhampiran dengan PI Kg Si Rusa.

Reputasi Si Rusa yang terkenal sebagai tempat rekreasi juga menggalakkan lagi penduduk setempat untuk menjalankan perniagaan termasuk sektor perkhidmatan seperti sewa kereta, dobi layan diri, peruncitan dan stesen minyak.

 

Petronas

Stesen Minyak Petronas Si Rusa, Batu 4 Port Dickson.

 MasjidBgnPng 

Masjid kariah Bagan Pinang

MasjidRAMD

Masjid Rejimen Askar Melayu Diraja