PORT DICKSON DAN SEJARAH PEMBANGUNAN

pd lama pantai    pd lama

Port Dickson adalah sebuah daerah yang terkenal dalam Negeri Sembilan sebagai kawasan perkelahan yang menarik.Setiap minggu dan cuti umum Port Dickson dibanjiri oleh ribuan pelawat dari merata tempat untuk berkelah,berehat dan bermandi-manda

Selain pantainya yang indah,Port Dickson juga mempunyai pelbagai keistimewaan termasuk dua kilang penapis minyak iaitu Shell dan Esso (kini Pettron) yang membekalkan minyak bertapis ke seluruh negara.Stesen janaelektrik Tuanku Jaafar juga menambah kehebatan  Port Dickson kerana dapat membekalkan tenaga elektrik kepada kira-kira setengah daripada kawasan semenanjung Malaysia.

Di samping itu,Port Dickson juga mempunyai markas tentera askar Melayu yang tertua di negara ini.Di sinilah tempat tentera darat kita menerima latihan awal sebagai rekrut sebelum dihantar berkhidmat ke tempat-tempat lain.

Sejarah Awal

Sebelum diberi nama Port Dickson,bandar ini telahpun mempunyai namanya yang tersendiri.Dahulunya ia digelar ‘Tanjong ‘ oleh masyarakat Melayu dan ‘Arang’ bagi orang-orang Cina dan India.Dipanggil tanjung kerana tempat tersebut terletak di sebuah tanjung yang menghala ke laut.Sementara Arang pula kerana sebuah pulau yang berhampiran dengan Tanjung terkenal pula kerana sebagai tempat membakar kayu bakau yang dijadikan arang oleh peniaga dari Sumatera untuk dijual di kawasan berhampiran.

Sebelum tahun 1800,Tanjong telah mula diduduki oleh orang-orang Melayu di persisiran pantainya yang bekerja sebagai nelayan dan peniaga.Terdapat banyak perkampungan nelayan ketika itu termasuk di Bagan Pinang,Si Rusa,Telok Kemang,Pasir Panjang,Lukut dan Sepang.Pekan Tanjong bertambah ramai penduduknyua setelah didatangi oleh peniaga berbangsa Cina,Arab dan India.

Pada 1891,Setiausaha Jajahan British bernama Sir John Frederick Dickson telah membina landasan keretapi yang menghubungkan Tanjong dan Sungai Ujong (kini Seremban) sepanjang 39 km dan dirasmikan 1894.Sejak itu nama Tanjong atau Arang telah ditukar kepada Port Dickson.

Sejarah Moden

Dengan kepesatan dan pembangunan Port Dickson,satu pusat pemeriksaan Kastam dan Imigresen telah didirikan untuk memeriksa jumlah barang yang semakin bertambah.Bangunan-bangunan kedai papan telah diganti dengan bangunan batu.Sebanyak 45 buah kedai batu telah didirikan di samping permohonan tanah-tanah kosong di sepanjang pantai Port Dickson.

Selain pembesaran ladang-ladang kopi dan getah,prasarana di Port Dickson semakin bertambah seperti berdirinya Hospital Daerah pada 1895,wujudnya kilang penapis minyak oleh syarikat Shell and Trading pada 1901 dan tertubuhnya kem Askar Melayu dan Maktab Tentera Persekutuan pada 1933.Pada 1965 syarikat ESSO telah membina loji penapis minyak yang kedua.Setahun kemudian Stesen Janaelektrik Tuanku Jaafar pula siap beroperasi

Demografi dan Pentadbiran

Sejak 1980,Daerah Port Dickson telah ditadbir oleh sebuah Majlis Daerah dengan peruntukan perlancarannya berjumlah RM1.2 juta.Dari segi lokaliti politik pula,Port Dickson mempunyai satu kawasan Parlimen iaitu Telok Kemang dan lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  iaitu Linggi,Bagan Pinang,Port Dickson bandar,Lukut dan Chuah.

 

PANTAI CAHAYA NEGERI,SI RUSA

             pantai cahaya negeri

 pantai cahaya negeri pulau

Lokasi yang sangat strategik dan mudah diakses.Ianya dinaik taraf oleh Majlis Perbandaran Port Dickson dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kerajaan Negeri Sembilan.Kawasan yang sangat sesuai untuk bersantai bersama keluarga kerana terdapat kemudahan tandas,landskap yang redup dengan gazebo dan pokok-pokok.Selain itu kawasan ini dibangunkan sebagai lokasi yang kondusif untuk majlis-majlis utama kerana disediakan kawasan yang luas untuk peralatan dan tempat letak kereta.

Tarikan yang unik ialah pantai ini disambungkan dengan Pulau Burung yang bersebelahan melalui jambatan yang dibina.Pulau ini merupakan lokasi semulajadi bagi beberapa jenis pokok bakau yang hidup di pantai yang berpaya

MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON

Kem Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) ialah kem askar Melayu yang pertama dan tertua di Malaysia. Perjuangan tentera darat yang telah menempuhi fasa pemerintahan British, serangan Jepun,ancaman Komunis dan konfrontasi dengan Indonesia telah diabadikan di sebuah Muzium terletak bersebelahan dengan kem ini. Muzium tentera ini diiktiraf sebagai muzium tentera yang terbesar di Malaysia.

Studio yang menarik di dalamnya mempamerkan replika kehidupan masyarakat Melaka dengan kapal besar di dalamnya,terowong pengganas komunis selain peralatan lama ketenteraan seperti senjata,ubat-ubatan dan kenderaan. Sistem audio dan teknik pencahayaan di dalamnya menyebabkan suasana yang diwujudkan di dalam studio tersebut lebih dramatik dan hidup.

ArmyMuseum

                                                                                 

 

OSTRICH FARM

Lokasi bersebelahan dengan Politeknik Port Dickson, kira-kira 7 km dari Kg Si Rusa dengan perjalanan selama 15 minit. Antara aktiviti yang menyeronokkan ialah menunggang burung unta serta menunggang keldai dan kuda padi.Tentunya yang paling mencabar ialah berlumba lari dengan burung unta,anda akan diberi hadiah sekiranya berjaya.

 OstrichFarm

                                                                         

 

Bukit Batu Putih 

Anda suka mendaki?Inilah tempatnya yang paling sesuai di Port Dickson. Rumah Api yang berada di puncaknya adalah milik Kerajaan Negeri Melaka walaupun dari segi geografi ianya berada di dalam Kawasan Daerah Port Dickson. Kedudukannya yang berada di dalam Hutan Simpan Cape Rechado mengekalkan pemandangan semulajadi seterusnya menyamankan fikiran.

Panorama di puncaknya yang mengadap Selat Melaka bukanlah satu-satunya tarikan bukit ini,sebaliknya setiap tahun ianya menjadi tumpuan jurugambar dari seluruh dunia untuk merakamkan sejenis spesis burung yang menjadikan bukit ini sebagai transit ketika melakukan migrasi antara benua.

600 453609093