Merupakan usahawan Kraftangan (Laser Engraving) yang beroperasi di rumah sendiri.Pernah Menghadiri beberapa program anjuran MCMC dan NaDi Kg Sirusa seperti Program Pupuk@Shopee secara online,Latihan Kemahiran Keusahawanan Tiktok shop dan Adobe Photoshop di NADI Kg Sirusa
.Beliau menggunakan media sosial untuk memasarkan produk dan mengambil tempahan dai seluruh Malaysia dan telah berjaya membuat jualan melebihi RM 10,000 sebulan
Dimilliki oleh En Suhaidi yang berasal dari Terengganu namun bertugas sebagai penjawat awam di Port Dickson dan menetap di Taman Intan Duyung.Idea untuk membuka carwash ini tercetus setelah beliau mendapati penduduk terpaksa keluar dari kawasan untuk mendapatkan perkhidmatan mencuci kereta.Dengan azam untuk memudahkan urusan penduduk,beliau mengambil langkah proaktif dengan membuka perkhidmatan cuci kereta yang diberi nama D'DRAGON CARWASH & SPA DETAILING.
Dengan bantuan Pusat Internet Kg Si Rusa di dalam mereka Banner dan laman Facebook,D'DRAGON CARWASH 7 SPA DETAILING dengan rasminya beroperasi pada 18 Oktober 2019
Beliau merupakan suri rumah yang gigih menjalankan jualan kecil-kecilan secara on delivery dan atas talian.Tambahan PI Kg Si Rusa adalah agen KAMPUNG GDEX,memudahkan beliau untuk memasarkan produk dengan cepat.Produk jualan beliau yang terbaru adalah sardin keluaran Bumiputera,selaras dengan kehendak semasa yang lebih terbuka untuk produk keluaran Bumiputera dan muslim.
Iklan beliau di dalam group whatsapp Ahli PI Kg Si Rusa
Merupakan anak ke lima daripada enam adik beradik dan kini menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau berasal daripada kedah dan telah menetap selama 7 tahun di Negeri Sembilan. Kini beliau sepenuhnya melakukan aktiviti kraftangan yang memang telah menjadi minatnya sejak kecil lagi. Tambahan lagi, beliau kini telah menambah pendapatan dengan menjadi stokis Mary Kay.
Puan Roslinda yang juga dikenali dengan gelaran Kak Linda, beliau bukan seorang yang berlatar belakang Kursus IT, beliau adalah lepasan sijil Hotel dan Katering di Kolej Komuniti Sg. Petani. Demi ingin memperolehi ilmu pemasaran menggunakan IT, beliau berani tampilkan diri untuk mempelajari lebih tentang asas kemahiran usahawan. Sebelum mengikuti kelas latihan di PI, beliau kurang pandai menggunakan sebarang laman media sosial.
Setelah mengikuti kelas dalam masa 2 bulan dan terlibat dengan aktiviti di PI Kg Sirusa, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial termasuk myshop dan mengetahui cara untuk membangunkan laman web sendiri bagi mempromosikan perniagaan Mary Kay.
Halaman 1 dari 2