PANTAI CAHAYA NEGERI,SI RUSA

             pantai cahaya negeri

 pantai cahaya negeri pulau

Lokasi yang sangat strategik dan mudah diakses.Ianya dinaik taraf oleh Majlis Perbandaran Port Dickson dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kerajaan Negeri Sembilan.Kawasan yang sangat sesuai untuk bersantai bersama keluarga kerana terdapat kemudahan tandas,landskap yang redup dengan gazebo dan pokok-pokok.Selain itu kawasan ini dibangunkan sebagai lokasi yang kondusif untuk majlis-majlis utama kerana disediakan kawasan yang luas untuk peralatan dan tempat letak kereta.

Tarikan yang unik ialah pantai ini disambungkan dengan Pulau Burung yang bersebelahan melalui jambatan yang dibina.Pulau ini merupakan lokasi semulajadi bagi beberapa jenis pokok bakau yang hidup di pantai yang berpaya

MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON

Kem Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) ialah kem askar Melayu yang pertama dan tertua di Malaysia. Perjuangan tentera darat yang telah menempuhi fasa pemerintahan British, serangan Jepun,ancaman Komunis dan konfrontasi dengan Indonesia telah diabadikan di sebuah Muzium terletak bersebelahan dengan kem ini. Muzium tentera ini diiktiraf sebagai muzium tentera yang terbesar di Malaysia.

Studio yang menarik di dalamnya mempamerkan replika kehidupan masyarakat Melaka dengan kapal besar di dalamnya,terowong pengganas komunis selain peralatan lama ketenteraan seperti senjata,ubat-ubatan dan kenderaan. Sistem audio dan teknik pencahayaan di dalamnya menyebabkan suasana yang diwujudkan di dalam studio tersebut lebih dramatik dan hidup.

ArmyMuseum

                                                                                 

 

OSTRICH FARM

Lokasi bersebelahan dengan Politeknik Port Dickson, kira-kira 7 km dari Kg Si Rusa dengan perjalanan selama 15 minit. Antara aktiviti yang menyeronokkan ialah menunggang burung unta serta menunggang keldai dan kuda padi.Tentunya yang paling mencabar ialah berlumba lari dengan burung unta,anda akan diberi hadiah sekiranya berjaya.

 OstrichFarm

                                                                         

 

Bukit Batu Putih 

Anda suka mendaki?Inilah tempatnya yang paling sesuai di Port Dickson. Rumah Api yang berada di puncaknya adalah milik Kerajaan Negeri Melaka walaupun dari segi geografi ianya berada di dalam Kawasan Daerah Port Dickson. Kedudukannya yang berada di dalam Hutan Simpan Cape Rechado mengekalkan pemandangan semulajadi seterusnya menyamankan fikiran.

Panorama di puncaknya yang mengadap Selat Melaka bukanlah satu-satunya tarikan bukit ini,sebaliknya setiap tahun ianya menjadi tumpuan jurugambar dari seluruh dunia untuk merakamkan sejenis spesis burung yang menjadikan bukit ini sebagai transit ketika melakukan migrasi antara benua.

600 453609093