Beramah mesra bersama komuniti setempat bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas PEDi Kg Sirusa dengan komuniti serta agensi-agensi awam dan swasta.
Aktiviti
Pendaftaran pengunjung pada jam 9.00pagi.
Sesi taklimat PEDi, promosi dan perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi Kg Sirusa oleh pengurus PEDi.
Taklimat advokasi yang bertajuk ‘Padah Oversharing’ yang disampaikan oleh penolong pengurus PEDi.
Sesi taklimat dari agensi TEKUN berkenaan kategori pinjaman yang ditawarkan kepada usahawan yang layak.
Sesi taklimat agensi PERKESO berkenaan skim-skim yang ditawarkan dan faedah mencarum dengan PERKESO.
Sesi soal jawab dan pembukaan kaunter oleh pihak agensi TEKUN dan PERKESO.
Kelas keusahawanan E-commerce yang dibimbing oleh Rakan Digital PEDi Kg Paya mengenai platform Shopee.
Demonstrasi Laser Cutter & Engraver oleh usahawan PEDi kepada pengunjung yang hadir.