- Sebelum memulakan kelas mencipta logo, petugas Rakan Digital (RD) meminta peserta untuk mendaftar akaun Canva terlebih dahulu bagi memudahkan mereka untuk mencipta logo dan lain-lain perkara pada masa akan datang.
- Petugas RD mengenalkan terlebih dahulu fungsi dan ciri-ciri yang terdapat di dalam Canva sebelum mula mencipta.
- RD mengajar teknik mencipta logo perniagaan dengan menggunakan aplikasi Canva.com kepada usahawan untuk diletakkan sebagai profil di dalam akaun Shopee.
- Seterusnya, RD juga mengajar teknik pengambilan gambar produk dengan betul dari segi pencahayaan dan posisi produk yang jelas kepada peserta.
- Kemudian, peserta juga diajar cara menyunting gambar produk agar produk kelihatan lebih jelas untuk dimasukkan ke dalam kedai akaun Shopee.
- Akhir sekali, peserta diajar cara untuk memuat naik gambar produk kedalam akaun kedai Shopee dengan meletakkan deskripsi produk yang betul.
|