Merupakan anak ke lima daripada enam adik beradik dan kini menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau berasal daripada kedah dan telah menetap selama 7 tahun di Negeri Sembilan. Kini beliau sepenuhnya melakukan aktiviti kraftangan yang memang telah menjadi minatnya sejak kecil lagi. Tambahan lagi, beliau kini telah menambah pendapatan dengan menjadi stokis Mary Kay.
Puan Roslinda yang juga dikenali dengan gelaran Kak Linda, beliau bukan seorang yang berlatar belakang Kursus IT, beliau adalah lepasan sijil Hotel dan Katering di Kolej Komuniti Sg. Petani. Demi ingin memperolehi ilmu pemasaran menggunakan IT, beliau berani tampilkan diri untuk mempelajari lebih tentang asas kemahiran usahawan. Sebelum mengikuti kelas latihan di PI, beliau kurang pandai menggunakan sebarang laman media sosial.
Setelah mengikuti kelas dalam masa 2 bulan dan terlibat dengan aktiviti di PI Kg Sirusa, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial termasuk myshop dan mengetahui cara untuk membangunkan laman web sendiri bagi mempromosikan perniagaan Mary Kay.