Nama : Ahmad Azrul Ilham Bin Mohd Nor
Umur : 30 Tahun
Ahli : 4 Januari 2018
Latar belakang
Beliau berasal daripada negeri Pahang dan kini menetap sepenuhnya di Port Dickson, Negeri Sembilan. Merupakan anak ke dua daripada enam adik beradik dan telah berkahwin. Beliau bekerja sepenuh masa di TNB Port Dickson sebagai technician. Kini beliau menjalankan perniagaan satay pada waktu malam. Tambahan lagi, beliau juga menambah pendapatan dengan menjadi stokis onexox line.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Encik Azrul Ilham yang juga dikenali dengan gelaran ilham, beliau bukan seorang yang berlatar belakang Kursus IT, beliau adalah lepasan diploma Kejuruteraan Elektrk di Politeknik Port Dickson. Demi ingin memperolehi ilmu pemasaran menggunakan IT, beliau berani tampilkan diri untuk mempelajari lebih tentang asas kemahiran usahawan. Sebelum mengikuti kelas latihan di PI, beliau kurang pandai menggunakan sebarang laman media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas dalam masa 1 bulan dan terlibat dengan aktiviti di PI Kg Sirusa, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial termasuk myshop dan mengetahui cara untuk membangunkan laman web sendiri bagi mempromosikan perniagaan menjual satay tulang secara kecil-kecilan.
Encik Azrul Ilham berbaju putih di bahagian nombor dua dari hadapan. Beliau menghadiri kelas agrobazaar online bersama FAMA Port Dickson.