Nama : Muhammad Aidil Hazuan Bin Azhar

Umur : 9 Tahun

Ahli : 23 April 2017

Latar belakang

Merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik.  Mula menjadi ahli PI pada bulan 6 tahun ini. Beliau sangat berminat untuk mempelajari IT dan sering menyertai kelas yang diadakan bersama rakan-rakannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas yang diadakan di PI, beliau tidak pernah menggunakan komputer. Pada permulaan menyertai kelas di PI Kg Sirusa, beliau juga tidak begitu mengenali peralatan komputer.  Jika ingin membuat kerja sekolah, beliau akan ditemani oleh kakaknya untuk membantu melakukan kerja tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menyertai dalam 3 bulan penglibatan kelas di PI Kg Sirusa, kini beliau semakin mahir terhadap penggunaan komputer, terutamanya Ms Office dan penggunaan internet.  Beliau sudah mampu untuk menyiapkan kerja sekolahnya sendiri.  Tambahan lagi, setiap kehadirannya di dalam kelas, Muhammad Aidil dapat mengajar rakan-rakannya yang tidak mahir.

Aidil

Beliau semasa mengikuti kelas pembelajaran permainan pendidikan abcya.com

 

Aidil 2

Muhammad Aidil berada di barisan No 2 semasa kelas pertama dijalankan.