Tarikh  10 Oktober 2020
Masa :10.00 am hingga 12.00 pm
Peserta : 4 Orang
Lokasi : Pusat Internet Kg Si Rusa

Tujuan

Tujuan kelas kali ini adalah sebagai satu persediaan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah untuk mempelajari sifir matematik dengan mudah.  Selain itu, petugas ingin melihat sejauh mana tahap pelajar dalam membuat carian di internet.

 

Aktiviti

        1. 1) Pada permulaan, petugas memberi penerangan ringkas mengenai Klik Dengan Bijak.
          2) Sebelum mula pembelajaran, petugas memberikan soalan-soalann sifir secara spontan kepada pelajar.
          3) Pelajar diminta menyelesaikan tugasan subjek matematik yang diberikan oleh petugas.
          4) Akhir sekali, petugas mengajar cara yang mudah untuk membuat carian di internet.
    1. Gambar di sini

 

Tarikh  4 Oktober 2020
Masa :10.00 am hingga 12.00 pm
Peserta : 5 Orang
Lokasi : Pusat Internet Kg Si Rusa

 

Tujuan

Kelas latihan kali ini bersama pelajar Sek Rendah untuk mengisi masa lapang dan mempelajari menggunakan aplikasi permainan di atas talian iaitu wordsearch.  Di samping itu, petugas mengambil peluang untuk mengajar bagaimana untuk membuat surat rasmi.

  •  

Aktiviti

        1. 1) Pada awalnya, petugas memberi taklimat akan cara mengatasi buli siber.
          2) Petugas memulakan kelas dengan memberi penerangan tentang pembelajaran pada hari ini.
          3) Seterusnya, peserta diajar untuk membuka laman sesawang www.wordsearch.com
          4) Peserta diberi pendedahan pengisian yang terdapat di dalam aplikasi permainan ini.
          5) Akhir sekali, penerangan mengenai cara membuat surat rasmi diberikan oleh petugas.
    1. Gambar di sini
Tarikh  2 Oktober 2020
Masa :10.00 am hingga 12.00 pm
Peserta : 2 Orang
Lokasi : Pusat Internet Kg Si Rusa

 

Tujuan

Aktiviti

        1. 1)Petugas memberikan penerangan apa itu Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan?
        2. 2)Peserta memulakan membuka laman sesawang https://tuns.my/info/index.php.
        3. 3)Seterusnya, peserta di minta untuk klik permohonan baru dan mengisi butiran seperti nama, nombor telefon, kad pengenalan dan lain-lain lagi.
        4)Peserta diminta mengisi nombor akaun bank, taraf pendidikan dan akhir sekali memuatnaik dokumen.
    1. Gambar di sini
Tarikh  3 Oktober 2020
Masa :10.00 am hingga 1.00 pm
Peserta : 2 Orang
Lokasi : Pusat Internet Kg Si Rusa

 

Tujuan

  • Kelas usahawan kali ini memberi peluang kepada warga komuniti setempat akan pengetahuan penternakan lebah madu daripada kawasan sendiri.

Aktiviti

        1. 1) Kelas dimulakan dengan pendaftaran peserta terlebih dahulu.  Peserta didedahkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti dengan menggunakan telefon pintar.

          2) Seterusnya, pelatih menerangkan jenis-jenis lebah yang terdapat di negara Malaysia.

          3) Penerangan diteruskan dengan kenalpasti pembiakan lebah jantan dan ratu lebah.

          4) Peserta juga didedahkan dengan cara-cara memberi makan pada lebah dan kenali musuh lebah.

          5) Pada belah petang mereka di berikan latihan amali di Kebun Lebah.
    1. Gambar di sini
Tarikh  19 September 2020
Masa :10.00 am hingga 12.00 pm
Peserta : 1 Orang
Lokasi : Pusat Internet Kg Si Rusa

 

Tujuan

  • Kelas kemahiran membuat video menggunakan telefon pintar ini adalah untuk membantu golongan belia dalam merekod dan sunting video
  • mengikut kemahuan sendiri.

Aktiviti

      1. 1) Petugas memulakan dengan penerangan cara-cara untuk membuat rekod video dengan betul.
      2. 2) Petugas menyediakan 'stand lighting' kepada peserta.
      3. 3) Peserta memulakan rakaman video dengan cara-cara untuk menjawab soalan-soalan ketika temuduga.
      4. 4) Pelajar juga diajar bagaimana untuk memuatnaik video ke komputer atau laptop.
Gambar Disini