Tarikh | : 26 Ogos 2017 |
Masa | : 3.00pm hingga 5.00pm |
Peserta | : 8 orang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Si Rusa |
Tujuan :
Tujuan latihan kali ini adalah untuk mengenalkan kepada pelajar beberapa laman web dan mempelajari asas pencarian maklumat, gambar dan lain-lain.
Aktiviti :
Petugas menerangkan cara untuk membuat carian maklumat dan gambar di laman 'google' kepada peserta. Pelajar juga dikehendaki memilih gambar mengikut saiz yang bersesuaian. Di samping itu, pengenalan laman web juga diteruskan seperti tutor.com.my, learningenglish.com dan lain-lain yang berbentuk pelajaran.
Tarikh | :02 Julai 2017 |
Masa | : 11.00am hingga 1.00pm |
Peserta | : 9 orang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Si Rusa |
Tujuan :
Kelas ini bertujuan untuk pelajar-pelajar sekolah khususnya untuk belajar crop dan edit imej menggunakan photoscape online. Pelajar dapat sesuatu ilmu yang baru untuk menghasilkan gambar lebih baik dan cepat.
Aktiviti :
Pelajar diminta untuk memilih beberapa gambar di laman google, serta simpan di dalam folder mereka sendiri. Selepas memuatnaik gambar tersebut, pelajar diajar untuk edit dan crop gambar di laman www.photoscapeonline.com. Disini, pelajar boleh menggunakan beberapa fungsi yang diberikan antaranya,crop, bentuk, warna, cat dan lain-lain.
Tarikh | :28 Mei 2017 |
Masa | :10.00am hingga 12.00pm |
Peserta | : 10 Orang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia |
Tujuan :
Memperkenalkan aplikasi Facebook bagi peserta mudah untuk mempromosikan sesuatu produk dan servis. Peserta diberikan pendedahan mengenai cara untuk membuat email peribadi dan email syarikat.
Aktiviti :
Petugas menerangkan terlebih dahulu asas mengenai komputer. Peserta diarahkan untuk mencipta email mengikut kesesuaian masing-masing. Para peserta juga di ajar untuk menukar gambar profil dan warna tema. Melalui pengenalan Facebook, mereka diajar untuk membuat page dan melakukan sebarang promosi terhadap produk mereka.
Tarikh | : 10 Jun 2017 |
Masa | : 2.00pm hingga 4.00pm |
Peserta | : 9 Orang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Si Rusa |
Tujuan :
Aktiviti ini membolehkan para pelajar untuk mengisi masa lapang dan boleh melatih para pelajar untuk mewarna dengan memberi konsentrasi di Komputer.
Aktiviti :
Kelas ini mempunyai 9 orang pelajar sekolah rendah. Pada mulanya, pelajar perlu bertanding dalam menaip pantas di website typing sebelum memulakan warna objek dan kartun. Pelajar diminta untuk membuka laman www.4coloring.com dan petugas memulakan pelajaran dengan mengajar cara untuk mewarna objek tersebut. Daripada aktiviti ini, pelajar menerapkan rasa minat untuk menggunakan komputer secara berkhemah.
Tarikh |
: 23 April 2017 |
Masa |
: 10.00am hingga 12.00pm |
Peserta |
: 7 orang |
Lokasi |
: Pusat Internet 1Malaysia Kg Si Rusa |
Tujuan :
Memperkenalkan aplikasi Microsoft Word kepada para pelajar baharu yang mengikuti kelas latihan ICT. Pelajar juga belajar mencipta kad hari lahir menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti :
Pelajar diajar cara-cara membuat Kad Hari Lahir menggunakan Microsoft Word seperti membuat 'shapes', 'copy paste' 'insert picture' dan lain-lain. Dengan kelas ini, pelajar dapat mengenali lebih dekat cara penggunaan Microsoft Word.