Tarikh : 9 Ogos 2022
Masa : 11.00am- 12.30pm
Lokasi : Bilik Latihan, PEDi Kg Si Rusa
Peserta : 1 orang
Tujuan 
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengenalan asas Microsoft Excel serta kegunaan fungsi-fungsi lain yang terdapat didalam Microsoft Excel.
   
Aktiviti 

  • Sebelum memulakan kelas, petugas menerangkan terlebih dahulu fungsi-fungsi yang terdapat di dalam MS Excel
  • Mengajar peserta cara ringkas untuk membuat jadual.
  • Kemudian, petugas juga menerangkan cara memasukkan data di dalam Excel.
  • Petugas juga mengajar cara untuk membuat pengiraan di dalam Ms Excel dengan menggunakan fungsi butang AutoSum.
  • Seterusnya, petugas menerangkan cara untuk mengeluarkan carta daripada data yang telah dibuat.
  • Akhir sekali, peserta membuat latihan yang diberi oleh petugas berdasarkan apa yang dipelajari.
Gambar di sini

 

Tarikh : 26 Julai 2022
Masa : 3.00pm-5.00pm
Lokasi : Bilik Latihan, PEDi Kg Si Rusa
Peserta : 4 orang
Tujuan 
Membangunkan sistem pangkalan data anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang bertugas di Institut Latihan Latihan dan Kefahaman Islam (ILMI) Port Dickson.
   
Aktiviti 

Petugas meneruskan kelas terdahulu dengan sambungan proses rekabentuk system pangakalan data iaitu table, relationship, Query dan report.

 

 

  1. Gambar di sini
Tarikh : 22 Julai 2022
Masa : 2.00pm- 3.00pm
Lokasi : PEDi Kg Si Rusa
Peserta : 1 orang
Tujuan 
Membantu komuniti membuat tentatif lawatan dengan menggunakan Microsoft word.
   
Aktiviti 
  • Komuniti hadir ke PEDi Kg Sirusa untuk mendapatkan perkhidmatan untuk membuat tentatif lawatan persatuan dengan menggunakan Microsoft word.Petugas memastikan kemudah fasiliti dan capaian internet yang disediakan berada dalam keadaan yang baik.Kemudian, membantu komunti merangka draf tentafif perjalanan lawatan persatuannya dengan menaip di dalam Microsoft word. Setelah selesai, komuniti mencetak tentatif lawatan tersebut untuk diedarkan kepada persatuan.


  1. Gambar di sini
Tarikh : 23 Julai 2022
Masa :10.00am – 1.00pm
Lokasi :Bilik latihan, PEDi Kg Si Rusa
Peserta : 1 orang
Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang cara penggunaan Google Drive dan lanjutan kelas asas Adobe Photoshop.

   
Aktiviti 
  • Sebelum kelas bermula, petugas menerangkan apa itu Google Drive, kegunaan dan kelebihannya.
  • Kemudian, petugas menunjukkan cara-cara masukkan akaun google,memuat naik dan turun fail di dalam google drive tersebut.
  • Setelah selesai, petugas meneruskan kelas lanjutan asas adaobe photoshop.
  • Kemudian, petugas memberikan tugasan rekabentuk kepada peserta.
  • Peserta membuat rekabentuk berdasarkan teknik yang telah diajar oleh petugas.

  1. Gambar di sini
Tarikh : 16 Julai 2022
Masa : 9.00am-5.00pm
Lokasi : PEDi Kg Si Rusa
Peserta : 42 orang
Tujuan 

Beramah mesra bersama komuniti setempat bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas PEDi Kg Sirusa dengan komuniti serta agensi-agensi awam dan swasta.

   
Aktiviti 
  • Pendaftaran pengunjung pada jam 9.00pagi.
  • Sesi taklimat PEDi, promosi dan perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi Kg Sirusa oleh pengurus PEDi.
  • Taklimat advokasi yang bertajuk ‘Padah Oversharing’ yang disampaikan oleh penolong pengurus PEDi.
  • Sesi taklimat dari agensi TEKUN berkenaan kategori pinjaman yang ditawarkan kepada usahawan yang layak.
  • Sesi taklimat agensi PERKESO berkenaan skim-skim yang ditawarkan dan faedah mencarum dengan PERKESO.
  • Sesi soal jawab dan pembukaan kaunter oleh pihak agensi TEKUN dan PERKESO.
  • Kelas keusahawanan E-commerce yang dibimbing oleh Rakan Digital PEDi Kg Paya mengenai platform Shopee.
  • Demonstrasi Laser Cutter & Engraver oleh usahawan PEDi kepada pengunjung yang hadir.
  • Kelas celik ICT kanak-kanak pada sesi petang.
  • Cabutan bertuah kepada pengunjung.
  1. Gambar di sini