Tarikh : 16 April 2022
Masa : 11.00am
Lokasi :  Bilik Latihan, PEDi Kg Si Rusa
Peserta : 2 orang
Tujuan 

Memberi pendedahan dan contoh-contoh penipuan dalam talian kepada komuniti setempat agar tidak terlibat mahupun menjadi mangsa penipuan dalam talian.

   
Aktiviti 

Petugas menerangkan apa itu Klik Dengan Bijak (KDB) kepada komuniti.Seterusnya, petugas menerangkan ciri-ciri penipuan dalam talian yang sering terjadi pada masa kini serta memberikan contoh gejala penipuan dalam talan seperti menerima panggilan telefon dari mana-mana syarikat yang tidak pasti kewujudan mereka serta menerima mesej pesanan ringkas mengenai tungakkan bayaran dan lain lain. Selain itu, petugas juga menerangkan beberapa langkah-langkah yang baik untuk diatasi dalam penipuan dalam talian kepada komuniti.

Gambar di sini

Tarikh : 3 April 2022
Masa : 2.30pm- 3.30pm
Lokasi :  PEDi Kg Si Rusa
Peserta : 1 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh seorang usahawan PEDi Kg Sirusa yang ingin mengetahu cara memuat naik dan mengemaskin gambar produk di dalam akaun Shopee.
   
Aktiviti 

Usahawan PEDi Kg Sirusa yang meminta bantuan dari petugas PEDi untuk  mengemaskini dan memuat naik gambar produk di dalam akaun Shopee beliau.Petugas meminta usahawan untuk memilih gambar produk yang jelas terang dari segi pencahayaan dan latar belakang yang tidak terlalu mengganggu produk.Setelah memilih, petugas mengajar cara memuat naik gambar tersebut beserta kapsyen yang betul dan jelas. Dengan menghadiri kelas ini, dapat membantu usahawan untuk memasarkan produk mereka di dalam akauan Shopee dan mengetahui cara yang betul untuk memasarkan produk di dalam Shopee serta dapat menggalakkan usahawan untuk terus menyertai kelas usahawan yang dijalankan.

  1. Gambar di sini
Tarikh :22 Januari 2022
Masa :11.00 am- 12.30 pm
Peserta :1 Orang
Lokasi :Bilik Latihan PEDi Kg Si Rusa
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh seorang pelajar lepasan sekolah berusia 18 tahun yang ingin mempelajari cara asas penggunaan Microsoft Word. Kelas celik IT ini dapat membantu peserta agar lebih mahir menggunakan Ms Word dengan sendiri pada masa akan datang.

Aktiviti 

  • Sebelum memulakan kelas, petugas menerangkan terlebih dahulu fungsi-fungsi yang terdapat di dalam MS Word kepada peserta agar peserta dapat mengapilkasikan fungsi tersebut semasa pembelajaran.Petugas juga mengajar peserta cara menggunakan kekunci pintas (shortcut keys) yang boleh digunakan di dalam Ms Word agar dapat memudahkan peserta membuat kerja dengan lebih cepat. Seterusnya, petugas mengajar peserta format untuk mencipta kepala surat bagi surat rasmi dan akhir sekali petugas memberi latihan mencipta surat rasmi kepada peserta.

Gambar di sini

 

 

Tarikh : 2 April 2022
Masa :11.00 am
Peserta :1 Orang
Lokasi :PEDi Kg Si Rusa
Tujuan 
Mengemaskini mesyuarat agung di dalam sistem E-Roses. 
   
Aktiviti 

Petugas meminta maklumat yang diperlukan dalam sistem E-Roses.Petugas membantu komuniti untuk mengemaskini minit mesyuarat ke dalam agung dalam sistem E-Roses.Setelah selesai mengemaskini minit mesyuarat, komuniti meminta petugas membantu untuk menyimpan maklumat yang telah dikemaskini.

Gambar di sini

Tarikh :11 Febuari 2022
Masa :10.00 am- 11.30 am
Peserta :1 Orang
Lokasi :Bilik Latihan PEDi Kg Si Rusa
Tujuan 
Membantu peserta membuat persediaan sebelum menduduki Ujian Penilaian Tauliah mengajar secara atas talian (online). Ujian ini diduduki oleh seorang warga emas yang berusia 70 tahun yang mendapat pertauliahan untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang mengajar secara atas talian.
Aktiviti 

Sebelum peserta menduduki ujian tersebut, petugas membantu peserta dalam membuat persediaan dengan memastikan komputer dan capaian internet dalam keaadan yang baik dan lancar sepanjang ujian dijalankan. Petugas juga membantu peserta untuk mengakses platform yang digunakan untuk menduduki ujian tersebut. 

Gambar di sini