Tarikh :7 & 8 Febuari 2022
Masa :10.00 am- 12.00 pm
Peserta :4 Orang
Lokasi :Bilik Latihan PEDi Kg Si Rusa
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh empat orang usahawan yang terdiri daripada usahawan baru dan sedia ada dimana mereka sudah menjalankan perniagaan tetapi belum mempunyai platform e-dagang .Tujuan kelas ini adalah untuk memberi penerangan mengenai pasaran perniagaan secara atas talian(online) kepada usahawan yang ingin membuka perniagaan secara atas talian.Selain itu, petugas Rakan Digital (RD) PEDi Kg Sirusa juga mengenalkan Skim Pembiayaan Perniagaan kepada usahawan baru serta penerangan mengenai Geran Digitalisasi untuk Perniaga Kecil Sederhana (PKS)
Aktiviti 

Sebelum memulakan kelas, petugas RD menerangkan terlebih dahulu apa itu pasaran perniagaan secara atas talian (online) kepada usahawan.Petugas membantu usahawan untuk mendaftarkan kedai mereka dalam plafrom e-dagang yang bersesuaian.Petugas juga menerangkan cara bersesuaian untuk membuat pasaran produk mereka dengan betul serta mengajar cara untuk menaip kapsyen yang betul pada setiap produk yang akan dipasarkan. Dengan adanya kelas ini dapat membantu para usahawan untuk meluaskan lagu pasasran produk mereka dan dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka.

Gambar di sini

 

 

Tarikh :11 Mac 2022
Masa :3.00 pm - 4.30 pm
Peserta :1 Orang
Lokasi :Bilik Latihan PEDi Kg Si Rusa
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh seorang warga emas yang berusai 70 tahun. Kelas kalini bertujuan untuk mengajar peserta bagaimana untuk mencari rakaman kuliahnya yang telah dimuat naik oleh pelajarnya di dalam platform YouTube.
   
Aktiviti 

Sebelum memulakan kelas, petugas menunjukkan cara kepada peserta untuk membuat carian YouTube di dalam carian Google. Kemudian, petugas meminta peserta untuk membuat carian di dalam Youtube dengan menaip tajuk rakaman kuliah yang ingin dicari. Peserta membuat carian rakaman kuliahnya di Youtube adalah bertujuan untuk membuat rujukan sekianya ada penambahbaikkan yang diperlukan semasa  penyampaian kuliahnya itu pada masa akan datang.

Gambar di sini

 

Tarikh : 3-18 Mac 2022
Masa :-
Peserta : 11 Orang
Lokasi : PEDi Kg Sirusa

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk membantu usahawan yang sedia ada untuk memohon geran daripada kerajaan untuk menampung perbelanjaan perniagaan mereka.Usahawan-usahawan yang berminat untuk memohon hadir ke PEDi Kg Sirusa untuk mendapatkan panduan untuk melengkapkan borang permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS). Permohonan ini dibuka kepada usahawan yang belum pernah memohon dan memenuhi syarat kelayakan pemohonan TUNS.

Aktiviti

        1. 1)Sebelum mengisi borang permohonan, petugas menerangkan terlebih dahulu berkenan syarat kelayakan pemohon kepada usahawan.
        2. 2)Petugas meminta pemohon untuk menyediakan dokumen-dokumen seperti yang diminta dapat syarat pemohonan.
        3. 3)Pemohon perlu membuat pengesahan ADUN untuk diimbas dan memuat naik di dalam TUNS bagi melengkapkan pemohonan.
          1. Gambar di sini
Tarikh : 4 Mac 2022
Masa : 3.00pm- 4.30 pm
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Kg Si Rusa
Peserta : 1 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh seorang warga emas yang berusia 70 tahun. Pada kelas kalini, beliau diajar tentang fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Ms Word dan cara untuk menaip cerpen di dalam Ms Word.
   
Aktiviti 

Peserta diajar cara untuk menaip cerpen di dalam Ms Word. Sebelum memulakan kelas, petugas menerangkan serba sedikit kepada peserta fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Ms Word. Petugas juga menerangkan dan berikan contoh format penulisan cerpen kepada peserta sebagai rujukan akan datang.Kemudian peserta membuat latihan penulisan cerpenya sendiri. Setelah itu, hasil penulisan cerpen tersebut disimpan di dalam satu fail ' Penulisan Cerpen' agar beliau dapat membuat rujukan dan penambahan penulisan cerpenya pada masa akan datang. 

  1. Gambar di sini
Tarikh : 22 Oktober 2021
Masa : 9:00 am - 12:00 pm
Peserta : 1 Orang
Lokasi : Pusat Internet Kg Si Rusa

Tujuan

Aktiviti ini adalah untuk menunjukkan kepada peserta akan perkakasan yang ada di dalam komputer riba

Aktiviti

        1. 1) Petugas menunjukkan asas-asas komponen komputer riba
        2. 2) Petugas menunjukkan asas-asas penggunaan perisian yang terkandung di dalam Operating System 
        3. 3) Peserta mendapatkan khidmat nasihat untuk cara-cara yang terbaik untuk menaik taraf komputer riba supaya lebih pantas
    1. Gambar di sini