Nama : Nor Aina Natasha Binti Mohd Royzainee
Umur : 11 Tahun
Ahli : 27 April 2017
Latar belakang
Nor Aina Natasya Binti Mohd Royzainee yang lebih dikenali dengan nama Aina, merupakan pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan. Beliau anak pertama daripada 3 orang adik beradik. Beliau adalah di antara peserta yang terawal menjadi ahli PI Kg Si Rusa. Mula menjadi ahli PI Kg Si Rusa pada 27 April 2017. Beliau berminat untuk mempelajari ICT dan sering menyertai kelas apa sahaja kerana minat beliau untuk menjadi pelajar celik IT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awal pembukaan Pusat Internet Kg SiRusa, Aina Natasya merupakan pelajar yang awal untuk menyertai kelas latihan yang diadakan setiap minggu. Bagi kegunaan komputer, beliau kurang mahir untuk memilih pilihan di dalam aplikasi Ms Office. Adik Aina ini juga tidak pernah cuba untuk membuat carian aplikasi di atas talian. Semasa menggunakan komputer di PI, beliau kerap bertanya bagaimana untuk menggunakan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah hampir 3 bulan mengikuti kelas latihan, beliau tidak lagi memerlukan bantuan ketika melayari laman web pembelajarannya. Banyak perbezaan selepas mengikuti kelas latihan di PI seperti mahir dalam penggunaan Ms Office untuk membuat kerja sekolahnya.
Nama : Roslinda Binti Mat Yussoff
Umur : 30 Tahun
Ahli : 3 Januari 2018
Latar belakang
Merupakan anak ke lima daripada enam adik beradik dan kini menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau berasal daripada kedah dan telah menetap selama 7 tahun di Negeri Sembilan. Kini beliau sepenuhnya melakukan aktiviti kraftangan yang memang telah menjadi minatnya sejak kecil lagi. Tambahan lagi, beliau telah menambah pendapatan dengan menjadi stokis Mary Kay.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Roslinda yang juga dikenali dengan gelaran Kak Linda, beliau bukan seorang yang berlatar belakang Kursus IT, beliau adalah lepasan sijil Hotel dan Katering di Kolej Komuniti Sg. Petani. Demi ingin memperolehi ilmu pemasaran menggunakan IT, beliau berani tampilkan diri untuk mempelajari penggunaan komputer, internet dan asas usahawan. Sebelum mengikuti kelas latihan di PI, beliau tidak pandai menggunakan sebarang aplikasi atas talian dan sosial media.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas dalam masa 3 bulan dan terlibat dengan aktiviti di PI Kg Sirusa, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial termasuk myshop dan mengetahui cara untuk membangunkan laman web sendiri bagi mempromosikan perniagaan kraftangan beliau. Di samping itu, beliau telah dapat mempertingkatkan pengetahuan perisian yang berkaitan dengan Ms. Office. Beliau berani dalam menghasilkan produk kraftangan yang lain kerana mempunyai kemahiran dalam penggunaan facebook page, myshop dan lain-lain.
Nama : Mohd Shapie Bin Sulaiman
Umur : 64 Tahun
Ahli : 4 Oktober 2017
Latar belakang
Mohd Shapie Bin Sulaiman merupakan salah seorang peserta warga emas di Pusat Internet Kg SiRusa yang sentiasa hadir pada setiap kelas latihan. Beliau mempunyai 7 adik beradik. Mula menjadi ahli PI Kg Si Rusa pada 4 Oktober 2017. Beliau berminat untuk mempelajari ICT dan sering menyertai kelas apa sahaja kerana minat dan juga menggalas tugas sebagai setiausaha di Masjid Kariah Bagan Pinang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada permulaan beliau mengetahui daripada rakannya bahawa PI Kg SiRusa sudah beroperasi. Kemudian beliau hadir bersama rakannya untuk mengetahui selanjutnya mengenai keahlian dan kelas latihan di Pusat Internet. Pada permulaan, Encik Shapie hadir di dalam kelas latihan pengenalan komputer dan Ms Word. Beliau kurang mahir dalam menggunakan Ms Word untuk membuat proposal, minit mesyuarat dan pelbagai surat. Di samping itu juga, beliau kurang mahir akan membuat carian menggunakan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selama 1 bulan bersama menyertai kelas latihan, Encik Mohd Shapie Bin Sulaiman telah membuktikan bahawa beliau sendiri mampu untuk menggunakan komputer tanpa bantuan petugas. Kini beliau menjadikan PI sebagai satu tempat untuk beliau mengakses internet dan membuat kerja-kerja berkaitan pengurusan masjid. Selepas beberapa kelas Ms Office, Encik Shapie mudah untuk menyiapkan sebarang laporan dan minit mesyuarat.
Nama : Siti Nor Azlinawati Binti Isam
Umur : 31 Tahun
Ahli : 3 Januari 2018
Latar belakang
Merupakan anak kedua daripada 5 adik beradik. Mempunyai 3 orang anak, 2 lelaki dan seorang perempuan. Hampir 2 tahun menjadi stokis namun masih tidak mahir menggunakan media sosial dan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas latihan di PI Kg Si Rusa, beliau tidak pandai menggunakan aplikasi online terutamanya Facebook Page, Web Whatsapp, dan membuat email. Beliau mengetahui mengenai perkhidmatan PI ketika petugas mempromosikan Hari Perasmian PI Kg SiRusa di laman Facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada kelas pertama, beliau mempelajari cara-cara untuk membuat email perniagaan. Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial dan mengetahui cara-cara untuk mempromosikan perniagaan beliau. Kini, Puan Azlinawati telah mahir dengan penggunaan email dan Facebook, malah beliau tidak pernah berhenti untuk menghadiri kelas latihan yang dijalankan setiap bulan.
Nama : Muhammad Haris Bin Mr Makorseng
Umur : 13 Tahun
Ahli : 12 Mei 2017
Latar belakang
Muhammad Haris Bin Mr Makorseng merupakan pelajar Tingkatan 1 di Sek Men Keb Bukit Saujana. Beliau anak pertama daripada 5 orang adik beradik. Beliau adalah di antara peserta yang penuh kehadirannya di kelas latihan dan yang terawal menjadi ahli PI Kg Si Rusa. Mula menjadi ahli PI Kg Si Rusa pada 12 Mei 2017. Beliau berminat untuk mempelajari ICT dan sering menyertai kelas apa sahaja kerana minat beliau untuk menjadi pelajar celik IT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Muhammad Haris kurang menggunakan komputer di sekolah kerana tidak mempunyai peluang sepenuhnya. Pada awal beliau mengetahui daripada rakan sekolahnya bahawa PI Kg Si Rusa sudah beroperasi. Kemudian beliau hadir bersama ibunya untuk mengetahui selanjutnya mengenai keahlian dan kelas latihan di PI. Pada permulaan Haris hadir di dalam kelas latihan pengenalan komputer dan Ms Word. Belia tidak berani untuk membuat tugasan yang diberikan oleh petugas. Di Samping itu juga, Haris kurang mahir akan membuat carian menggunakan internet.
Haris (kanan) ketika menghadiri kelas IT
Haris bersama para peserta dan Pengurus PI Kg Si Rusa setelah tamat kursus