Nama : Norlela Binti Sanin
Umur : 45 Tahun
Ahli : 8 April 2019
Latar belakang
Beliau berasal daripada Negeri Sembilan sepenuhnya dan merupakan anak ke dua daripada empat adik beradik serta telah berkahwin. Beliau merupakan bekas pekerja hotel di bahagian Kitchen. Kini beliau menjalankan perniagaan kek viral, kuih muih dan roti.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Norlela yang juga dikenali dengan gelaran cikgu Lela kerana kini beliau merupakan pengajar terlatih dalam membuat kelas kek, kuih dan roti. Demi ingin memperolehi ilmu pemasaran menggunakan IT, beliau berani tampilkan diri untuk mempelajari lebih tentang asas kemahiran usahawan. Sebelum mengikuti kelas latihan di PI, beliau kurang pandai menggunakan sebarang laman media sosial seperti facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas dalam masa 1 bulan dan terlibat dengan aktiviti di PI Kg Sirusa, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial termasuk myshop dan mengetahui cara untuk membangunkan laman web sendiri dan group whatsapp bagi mempromosikan perniagaan menjual produknya dan kelas praktikalnya.
Beliau berada dua daripada hadapan belah kanan. Beliau menghadiri kursus Pengendalian Makanan.
Nama : Muhamad Yusman Bin Omar
Umur : 38 Tahun
Ahli : 22 April 2017
Latar belakang
Encik Yusman merupakan penolong pengurus di PI Kg SiRusa. Setelah 2 tahun bekerja di PI, beliau masih meneruskan perniagaan kecil-kecilan secara sambilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selama 3 tahun membuat perniagaan ini, beliau kurang membuat pemasaran kerana tiada keperluan komputer ataupun laptop. Tambahan lagi, beliau juga kurang mahir dalam ilmu fotografi sehinggalah beliau berpeluang menyertai kursus berkenaan teknik fotografi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas 2 tahun bekerja di PI ini, beliau berusaha mencari idea dan peluang untuk meluaskan perniagaannya dari segi pemasaran dengan komunitiyang hadir ke PI. Dengan peningkatan ilmu yang beliau dapati, secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan sampingan beliau.
Kursus teknik fotografi yang beliau hadiri.
(Caption : En Yusman di sebelah kanan.)
Contoh pembungkusan produk sabun madu hannani yang disediakan oleh En. Yusman.
Promosi di Facebook ‘Sabun Madu Hannani”.
Nama : Muhammad Aidil Hazuan Bin Azhar
Umur : 9 Tahun
Ahli : 23 April 2017
Latar belakang
Merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik. Mula menjadi ahli PI pada bulan 6 tahun ini. Beliau sangat berminat untuk mempelajari IT dan sering menyertai kelas yang diadakan bersama rakan-rakannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas yang diadakan di PI, beliau tidak pernah menggunakan komputer. Pada permulaan menyertai kelas di PI Kg Sirusa, beliau juga tidak begitu mengenali peralatan komputer. Jika ingin membuat kerja sekolah, beliau akan ditemani oleh kakaknya untuk membantu melakukan kerja tersebut.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menyertai dalam 3 bulan penglibatan kelas di PI Kg Sirusa, kini beliau semakin mahir terhadap penggunaan komputer, terutamanya Ms Office dan penggunaan internet. Beliau sudah mampu untuk menyiapkan kerja sekolahnya sendiri. Tambahan lagi, setiap kehadirannya di dalam kelas, Muhammad Aidil dapat mengajar rakan-rakannya yang tidak mahir.
Beliau semasa mengikuti kelas pembelajaran permainan pendidikan abcya.com
Muhammad Aidil berada di barisan No 2 semasa kelas pertama dijalankan.
Nama : Nor Emilia Binti Ismail
Umur : 35 Tahun
Ahli : 13 Jun 2017
Latar belakang
Puan Emilia berasal daripada Port Dickson dan mempunyai sorang anak. Beliau sebelum ini bekerja sebagai pembantu pendtadbiran di Syarikat Air Negeri Sembilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas pengenalan laman web dan email, beliau kurang mahir menggunakan aplikasi online terutamanya Facebook bagi tujuan perniagaan. Beliau juga tidak tahu menggunakan internet untuk kegunaan membuat blog dan website.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di PI Kg Sirusa, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial dan mengetahui serba sedikit untuk mempromosikan hasil perniagaan beliau. Kini, beliau juga telah pelajari untuk membuat blog dengan mudah.
Beliau berada dalam kelas membuat poster
Puan Emilia berada dihadapan sekali.
Hasil poster yang dibuat oleh Puan Emilia dan di post ke Facebook
Laman facebook Puan Emilia iaitu https://www.facebook.com/mellya.ismail
Nama : Ajak Lina Enterprise
Umur : 32 Tahun
Ahli : 22 Oktober 2018
Latar belakang
Merupakan anak kedua daripada 5 adik beradik. Mempunyai 3 orang anak, 2 lelaki dan seorang perempuan. Seorang yang rajin berniaga pakaian di tapak pasar malam serta iklankan di Facebook.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas latihan di PI Kg Si Rusa, beliau kurang mahir menggunakan aplikasi online terutamanya Facebook, Web Whatsapp, dan membuat email. Beliau mengetahui mengenai perkhidmatan PI ketika petugas mempromosikan Hari Perasmian PI Kg SiRusa di laman Facebook. Daripada situ Puan Azlina berhasrat untuk belajar mencipta email bagi syarikat Enterprise yang dimilikinya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Hampir setiap bulan beliau menghadiri kelas Ms Office, media sosial, dan pembelajaran atas talian. Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di Pusat Internet, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial dan mengetahui cara-cara untuk mempromosikan perniagaan beliau. Kini, Puan Azlinawati juga berani membuat posting sendiri di laman Facebooknya. Beliau juga telah mahir mencipta poster secara atas talian bagi mempromosikan perniagaanya.
Puan Azlinawati hadir ke kelas pengenalan media sosial.
Promosi di Facebook beliau