Nama : Noor Akhmar Bin Tarudin

Umur : 35 Tahun

Ahli : 19 Julai 2017

 

Puan Noor Akhmar sedang mengusahakan perniagaan makanan iaitu pelbagai jenis roti, popcorn, gubahan hantaran dan sekarang telah membuat kelas asas roti.

Latar belakang

Merupakan anak sulong daripada empat adik beradik dan kini menetap sepenuhnya di Port Dickson, Negeri Sembilan.  Beliau kini sedang berniaga kecil-kecilan di hadapan rumahnya.  Umurnya adalah 32 tahun dan mempunyai 2 orang anak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas pengenalan laman web dan mempromosikan facebook page, beliau tidak pandai menggunakan aplikasi online terutamanya Whatsapp Web dan pembangunan Laman Web.  Beliau juga tidak berkemampuan untuk mempromosikan ke pelbagai saluran media yang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti beberapa kelas dan terlibat dengan aktiviti di PI Kg Sirusa, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial dengan mudah dan mengetahui cara untuk membangunkan laman web sendiri bagi mempromosikan perniagaan makanan beliau.  Di samping itu beliau juga menggunakan platform myshop bagi meluaskan lagi perniagaannya.

 

akhmar roti

Nama : Hadijah Binti Borda

Umur : 35 Tahub

Ahli : 21 Januari 2018

 

Latar belakang

Puan Hadijah Borda berasal daripada Sabah dan telah menetap di Port Dickson hampir 10 tahun.  Merupakan anak kedua daripada empat adik beradik dan beliau kini sedang berniaga kecil-kecilan di hadapan rumahnya.  Umurnya adalah 35 tahun dan mempunyai 1 orang anak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas pengenalan laman web dan mempromosikan facebook, beliau tidak pandai menggunakan aplikasi online terutamanya Whatsapp Web dan pembangunan Laman Web.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti tiga kelas dan terlibat dengan aktiviti di PI Kg Sirusa, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial dan mengetahui cara untuk membangunkan laman web sendiri bagi mempromosikan perniagaan makanan beliau.  Di samping itu beliau telah dapat mempertingkatkan pengetahuan beliau mengenai cara penggunaan internet dengan betul.

hadijah

Puan Hadijah berada dibarisan nombor tiga di sebelah kanan sekali.

 

 

Nama : Nur Aini Najwa Azmir Hizam

Umur : 11 Tahun

Ahli : 5 April 2018

 

Latar belakang

Nur Aini Najwa Binti Azmir  Hizam yang lebih dikenali dengan nama Aini, merupakan pelajar Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan.  Beliau anak kedua daripada 4 orang adik beradik.  Mula menjadi ahli PI Kg Si Rusa pada 5 April 2018.  Beliau berminat untuk mempelajari ICT dan sering menyertai kelas apa sahaja kerana minat beliau untuk menjadi pelajar celik IT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aini Najwa merupakan pelajar yang sering hadir ke kelas latihan di PI Kg SiRusa.  Bagi kegunaan komputer, beliau kurang mahir untuk memilih pilihan di dalam aplikasi Ms Office.  Adik Aini ini juga tidak pernah cuba untuk membuat carian aplikasi di atas talian. Semasa menggunakan komputer di PI, beliau kerap bertanya bagaimana untuk menggunakan internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah hampir 3 bulan mengikuti kelas latihan, beliau tidak lagi memerlukan bantuan ketika melayari laman web pembelajarannya.  Banyak perbezaan selepas mengikuti kelas latihan di PI seperti mahir dalam penggunaan Ms Office untuk membuat kerja sekolahnya.

nur aini najwa

Aini dalam kelas yang memakai tudung berwarna kelabu.  Beliau menghadiri kelas tuisyen online.

 

 

 

Nama : Haritha Affieyna Binti Khairil Izuan

Umur : 10 Tahun

Ahli : 3 Februari 2018

 

Latar belakang

Haritha Affieyna Binti Khairil Izuan merupakan pelajar darjah 4 di Sek Keb Lukut Port Dickson.  Beliau anak kedua daripada 2 orang adik beradik.  Mula menjadi ahli PI Kg Si Rusa pada 3 Februari 2018.  Beliau berminat untuk mempelajari ICT dan sering menyertai kelas apa sahaja kerana minat beliau untuk menjadi pelajar celik IT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Haritha Adlieyna kurang menggunakan komputer di sekolah kerana tidak mempunyai peluang sepenuhnya.  Pada permulaan Haritha hadir di dalam kelas latihan pengenalan komputer dan Ms Word.  Beliau tidak pandai untuk menggunakan internet sepenuhnya kerana tidak pernah diajar di sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selama 3 bulan bersama menyertai kelas latihan, Haritha Affieyna telah membuktikan bahawa beliau sendiri mampu untuk menggunakan komputer tanpa bantuan petugas.  Beliau juga telah berani untuk menggunakan internet sebagai sumber rujukan dan carian maklumat.  Kini setiap hari beliau akan datang ke PI membuat kerja sekolah dan melayari internet.

haritha2

Beliau berada di barisan pertama (tidak bertudung) di dalam kelas permainan pendidikan.

 

 

 

Nama : Noor Akhmar Bin Tarudin

Umur : 32

Ahli : 19 Julai 2017

 

Latar belakang

Merupakan anak sulong daripada empat adik beradik dan kini menetap sepenuhnya di Port Dickson, Negeri Sembilan.  Beliau kini sedang berniaga kecil-kecilan di hadapan rumahnya.  Umurnya adalah 32 tahun dan mempunyai 2 orang anak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas pengenalan laman web dan mempromosikan facebook page, beliau tidak pandai menggunakan aplikasi online terutamanya Whatsapp Web dan pembangunan Laman Web.  Beliau juga tidak berkemampuan untuk mempromosikan ke pelbagai saluran media yang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti beberapa kelas dan terlibat dengan aktiviti di PI Kg Sirusa, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial dengan mudah dan mengetahui cara untuk membangunkan laman web sendiri bagi mempromosikan perniagaan makanan beliau.  Di samping itu beliau juga menggunakan platform myshop bagi meluaskan lagi perniagaannya.

 

noor akhmar

Puan Noor Akhmar berada dibarisan nombor dua di sebelah kanan sekali