Kemaskini : 23 Mac 2018
Nama : Anizah Binti Omar
Umur : 41 Tahun
Ahli : 23 April 2017
Latar belakang
Merupakan anak ke lima daripada lapan beradik dan kini menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau telah berniaga kecil-kecilan menjual herba di pasar-pasar malam di sekitar Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. Kini sepenuhnya melakukan aktiviti kraftangan yang memang telah menjadi minatnya sejak kecil lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Anizah yang juga dikenali dengan gelaran Kak Izah, beliau bukan seorang yang berlatar belakang Kursus IT, beliau hanya lepasan sijil Pengurusan Pejabat. Demi ingin memperolehi ilmu pemasaran menggunakan IT, beliau berani tampilkan diri untuk mempelajari penggunaan komputer, internet dan asas usahawan. Sebelum mengikuti kelas pengenalan laman web dan membuat facebook page, beliau tidak pandai menggunakan aplikasi online terutamanya Whatsapp Web, facebook dan pembangunan Laman Web.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas dalam masa 7 bulan dan terlibat dengan aktiviti di PI Kg Sirusa, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial termasuk myshop dan mengetahui cara untuk membangunkan laman web sendiri bagi mempromosikan perniagaan kraftangan beliau. Di samping itu, beliau telah dapat mempertingkatkan pengetahuan perisian yang berkaitan seperti Ms Excel. Sehingga kini, beliau merupakan salah seorang usahawan yang tegar mempromosikan hasil produk kraftangan yang berbeza-beza. Beliau semakin berani dalam menghasilkan produk kraftangan yang lain kerana mempunyai kemahiran dalam penggunaan facebook page, myshop dan lain-lain.
Puan Anizah ketika di dalam kelas
Puan Anizah ketika mempelajari cara-cara memasarkan produk beliau di media sosial dan di atas talian
Nama : Azuni Binti Mamat
Umur : 34 Tahun
Ahli : 22 Oktober 2017
Latar belakang
Merupakan anak keempat daripada tujuh adik beradik. Menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan hampir 5 tahun. Mempunyai 4 orang anak dan kesemuanya adalah perempuan. Hampir 2 tahun menjadi stokis namun masih tidak mahir menggunakan media sosial.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas latihan di PI Kg Si Rusa, beliau tidak pandai menggunakan aplikasi online terutamanya Facebook, Facebook Page, Web Whatsapp, dan membuat laman web secara atas talian. Beliau juga merupakan seorang yang pemalu apabila bertemu rakan-rakan yang lain.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di PI, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial dan mengetahui serba sedikit untuk mempromosikan hasil perniagaan beliau. Puan Azuni telah mahir membuat posting di facebook page tiap-tiap hari. Beliau juga lebih berani berbanding sebelumnya kerana kelihatan banyak menyertai program PI terutamanya semasa Hari Perasmian.
Puan Azuni bersama para peserta dan Petugas PI Si Rusa sewaktu kelas Usahawan
Antara Iklan produk beliau di media sosial setelah menghadiri kursus keusahawanan di PI Kg Si Rusa
Nama : Linda Binti Abdul kadir
Umur : 33 Tahun
Ahli : 7 November 2017
Latar belakang
Puan Linda berasal daripada sabah, kini telah menetap hampir 8 tahun di Port Dickson kerana mengikuti suaminya. Merupakan anak kelima daripada enam beradik. Beliau telah berniaga secara kecil-kecilan ini selama 2 tahun.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas pengenalan laman web dan email, beliau tidak pandai menggunakan aplikasi online terutamanya Facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di PI Kg Sirusa, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial dan mengetahui serba sedikit untuk mempromosikan hasil perniagaan beliau.
Beliau di barisan ke dua semasa bengkel Microsoft Word dan Microsoft Excel.
Produk jualan Puan Linda
Perniagaan Puan Linda yang berada di sebelahan Pernama E-Mart Port Dickson.
Nama : Fauziah Binti Abdul Halim
Umur : 48 Tahun
Ahli : 11 Jun 2017
Latar belakang
Merupakan anak sulong dari empat beradik. Mula menjadi ahli PI pada bulan 6 tahun ini. Beliau sangat berminat untuk mempelajari IT dan sering menyertai kelas yang diadakan bersama suaminya. Beliau juga merupakan salah seorang ahli sukarelawan di Pusat Internet Kg Sirusa. Penglibatan beliau terhadap jawatankuasa masjid, wanita, dan KOSPEN juga aktif.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas dan bengkel yang diadakan di PI, beliau hanya menggunakan komputer di rumah sahaja yang dibantu oleh anaknya. Pada permulaan menyertai kelas di PI Kg Sirusa, beliau juga tidak begitu mengenali peralatan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menyertai beberapa kelas di PI Kg Sirusa, kini beliau semakin mahir terhadap penggunaan komputer, terutamanya Ms Office. Beliau mampu untuk membuat surat rasmi, penyata kewangan masjid dengan sendirinya. Puan Fauziah tidak pernah melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai kelas latihan.
Beliau mula pandai mengendali peralatan komputer dan membuka laman web
selepas 2 bulan menghadiri kelas latihan PI.
Usahawan kraftangan (Kemaskini : 15/12/2017)
Nama : Anizah Binti Omar
Umur : 40 Tahun
Ahli : Mei 2017
Latar belakang
Merupakan anak ke lima daripada lapan beradik dan kini menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau telah berniaga kecil-kecilan menjual herba di pasar-pasar malam di sekitar Johor, Negeri Sembilan dan Selangor. Kini sepenuhnya melakukan aktiviti kraftangan yang memang telah menjadi minatnya sejak kecil lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas pengenalan laman web dan mempromosikan facebook, beliau tidak pandai menggunakan aplikasi online terutamanya Whatsapp Web dan pembangunan Laman Web.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas dan terlibat dengan aktiviti di PI Kg Sirusa, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial dan mengetahui cara untuk membangunkan laman web sendiri bagi mempromosikan perniagaan kraftangan beliau. Di samping itu beliau telah dapat mempertingkatkan pengetahuan perisian yang berkaitan seperti Ms Word dan Ms Excel.
Puan Anizah Sedang menyiapkan bakul kraftangan daripada surat khabar lama
Antara produk yang telah disiapkan