Nama : Ruzana Binti Kamaruzaman
Umur : 31 Tahun
Ahli : 1 Januari 2019
Latar belakang
Merupakan anak kedua daripada lima adik beradik dan kini menetap sepenuhnya di Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau kini sedang berniaga kecil-kecilan membuat batik dan bekerja di salah sebuah kedai percetakan baju di Batu 4, Port Dickson. Minat beliau terhadap batik hampir 5 tahun dan berjaya menghasilkan perniagaan sendiri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Cik Ruzanna pertama kali berkunjung ke Pusat Internet adalah ingin meminta bantuan dari segi menggunakan online banking serta menggunakan internet. Beliau mengaku telah lama tidak menggunakan komputer dan tidak pandai untuk mengikuti media sosial yang giat berkembang pada waktu sekarang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas kelas ke 3 mengunjungi kelas pengenalan internet, online banking dan media sosial, beliau menunjukkan minat untuk belajar apa sahaja yang ditawarkan di Pusat Internet. Beliau sudah mampu membuat sendiri apa sahaja yang ingin di lakukan dari segi penggunaan internet. Beliau bole berurus niaga secara online dengan pelanggan yang membuat bayaran seara atas talian.
Ruzana ketika di dalam kelas dan promosi di dalam Facebook
Nama : Nur Hannani Binti Sapian
Umur : 12 Tahun
Ahli : 5 April 2018
Latar belakang
Nur Hanani Bte Sapian merupakan pelajar Tahun 6 di Sek Men Keb Panglima Adnan. Beliau anak pertama daripada 3 orang adik beradik. Beliau adalah di antara peserta yang penuh kehadirannya di kelas latihan sepanjang tahun 2018 dan 2019. Mula menjadi ahli PI Kg Si Rusa pada 5 April 2018. Beliau berminat untuk mempelajari ICT dan sering menyertai kelas apa sahaja kerana minat beliau untuk menjadi pelajar serba tahu mengenai ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Nur Hanani pada awalnya tidak pernah menggunakan sebarang peralatan komputer. Pada permulaan Hanani hadir di dalam kelas latihan pengenalan komputer dan suntingan gambar. Beliau juga agak lambat untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh petugas. Di Samping itu juga, Hanani kurang mahir akan membuat carian menggunakan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Hampir 3 bulan menyertai kelas latihan, beberapa perubahan yang Hanani tunjukkan seperti menggunakan komputer tanpa bantuan petugas dan beliau juga telah berani untuk menggunakan internet sebagai sumber rujukan dan carian maklumat. Kini beliau menjadikan PI sebagai suatu tempat untuk beliau mengakses internet dan membuat kerja sekolah tanpa bantuan.
Gambar kiri semasa hanani sedang membuat bentuk menggunakan Ms Word
Nama : Siti Rahmah Binti Abdul Wahid
Umur : 35
Ahli : 9 Disember 2017
Latar belakang
Beliau berasal daripada Negeri Sembilan sepenuhnya dan merupakan anak ke dua daripada enam adik beradik serta telah berkahwin. Beliau merupakan guru tabika Kemas sejak 6 tahun yang lepas. Kini beliau menjalankan perniagaan penghantaran Nasi Arab pada waktu malam dan juga hujung minggu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Siti Rahmah yang juga dikenali dengan gelaran cikgu siti. Demi ingin memperolehi ilmu pemasaran menggunakan IT, beliau berani tampilkan diri untuk mempelajari lebih tentang asas kemahiran usahawan. Sebelum mengikuti kelas latihan di PI, beliau kurang pandai menggunakan sebarang laman media sosial seperti facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas dalam masa 1 bulan dan terlibat dengan aktiviti di PI Kg Sirusa, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial termasuk myshop dan mengetahui cara untuk membangunkan laman web sendiri bagi mempromosikan perniagaan menjual Nasi arab secara kecil-kecilan.
Caption : Beliau semasa mengikuti kelas latihan pengenalan perkakasan komputer dan microsoft word.
Nama : Rozita Binti Abu bakar
Umur : 50 Tahun
Ahli : 9 Disember 2017
Latar belakang
Merupakan anak ketiga dari enam beradik. Mula menjadi ahli PI pada bulan 9 tahun 2017. Beliau sangat berminat untuk mempelajari IT dan sering menyertai kelas yang diadakan bersama anaknya. Beliau juga merupakan salah seorang ahli sukarelawan di Pusat Internet Kg Sirusa.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas dan bengkel yang diadakan di PI, beliau kurang menggunakan komputer di mana-mana sahaja. Pada permulaan menyertai kelas di PI Kg Sirusa, beliau juga tidak begitu mengenali peralatan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menyertai beberapa kelas di PI Kg Sirusa, kini beliau semakin mahir terhadap penggunaan komputer, terutamanya Ms Office. Beliau mampu untuk membuat surat rasmi, penyata kewangan dan kertas kerja dengan hasilnya sendiri. Puan Rozita tidak pernah melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai kelas latihan.
Beliau semasa mengikuti kelas latihan pengenalan perkakasan komputer dan microsoft word.
Nama : Roslinda Binti Yusoff
Umur : 31 Tahun
Ahli : 4 Januari 2018
Latar belakang
Merupakan anak ke lima daripada enam adik beradik dan kini menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau berasal daripada kedah dan telah menetap selama 7 tahun di Negeri Sembilan. Kini beliau sepenuhnya melakukan aktiviti kraftangan yang memang telah menjadi minatnya sejak kecil lagi. Tambahan lagi, beliau kini telah menambah pendapatan dengan menjadi stokis Mary Kay.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Roslinda yang juga dikenali dengan gelaran Kak Linda, beliau bukan seorang yang berlatar belakang Kursus IT, beliau adalah lepasan sijil Hotel dan Katering di Kolej Komuniti Sg. Petani. Demi ingin memperolehi ilmu pemasaran menggunakan IT, beliau berani tampilkan diri untuk mempelajari lebih tentang asas kemahiran usahawan. Sebelum mengikuti kelas latihan di PI, beliau kurang pandai menggunakan sebarang laman media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas dalam masa 2 bulan dan terlibat dengan aktiviti di PI Kg Sirusa, beliau akhirnya dapat menggunakan laman sosial termasuk myshop dan mengetahui cara untuk membangunkan laman web sendiri bagi mempromosikan perniagaan Mary Kay.
Beliau semasa di dalam kelas usahawan membuat pembungkusan produk.
Facebook page yang dicipta oleh beliau iaitu https://www.facebook.com/Linda-Beauty-Consultant