Tarikh | 13 April 2019 |
Masa | 10.00 am hingga 12.00 pm |
Peserta | : 8 Orang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Si Rusa |
Tujuan
Kelas latihan ini bertujuan untuk melihat kebolehan pelajar untuk berpantun serta mengeratkan hubungan yang baik antara pelajar dan petugas.
Aktiviti
- 1. Pertama sekali, petugas menunjukkan video penerangan buli siber.
- 2. Kedua, petugas menerangkan pengisian kelas pada kali ini dengan meminta pelajar untuk mencipta pantun.
- 3. Pelajar seterusnya membuat carian contoh-contoh pantun di laman google.
- 4. Pelajar menaip pantun tersebut di aplikasi Ms Power Point dan pertandingan dimulakan dengan pelajar membaca pantun masing-masing.
Tarikh | 11 April 2019 |
Masa | 10.00 am hingga 12.00 pm |
Peserta | : 6 Orang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Si Rusa |
Tujuan
Aktiviti ini membolehkan para pelajar untuk mengisi masa lapang dan melatih para pelajar untuk mewarna dengan memberi konsentrasi di Komputer.
Aktiviti
- 1. Petugas meneruskan pembelajaran dengan memperkenalkan peralatan komputer kepada pelajar.
- 2. Petugas bersama-sama pelajar membuka laman web untuk mewarna di atas talian.
- 3. Petugas menerangkan cara untuk mewarna gambar di Komputer.
- 4. Pelajar mula berwarna di komputer dalam masa satu jam yang diberikan.
Tarikh | 17 Mac 2019 |
Masa | 10.00 am hingga 12.00 pm |
Peserta | : 4 Orang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Si Rusa |
Tujuan
- Tujuan latihan ini adalah untuk membantu ibubapa dan penjaga untuk mendaftarkan anak-anak mereka di dalam sistem kemasukan sesi persekolahan tahun satu atau pra sekolah.
Aktiviti
- 1. Sebelum kelas bermula, petugas memperkenalkan sistem pendaftaran online kementerian pelajaran kepada peserta.
- 2. Kedua, para ibu bapa perlu mendaftarkan diri sebagai pengguna sistem online pelajaran ini.
- 3. Peserta perlu memastikan dokumen rujukan yang perlu adalah tepat dan mencukupi.
- 4. Peserta memasukkan butiran diri anak masing-masing di dalam sistem pendaftaran tersebut.
Tarikh | 6 april 2019 |
Masa | 10.00 am hingga 12.00 pm |
Peserta | : 9 Orang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Si Rusa |
Tujuan
Tujuan kelas pelajar kali ini adalah untuk mendedahkan tentang kegunaan grafik yang terdapat di dalam Paint 3D.
Aktiviti
- 1. Permulaannya, peserta didedahkan dengan informasi advokasi kepentingan internet dan buli siber.
- 2. Peserta diminta membuka aplikasi paint 3D.
- 3. Petugas menerangkan beberapa pilihan dan fungsi yang terdapat di dalam aplikasi ini.
- 4. Peserta memasukkan gambar pilihan dan membuat suntingan. Mereka juga boleh menambah text dan juga 'effects' yang lain.
Tarikh | 2 Mac 2019 |
Masa | 9.00 am hingga 1.00 pm |
Peserta | : 5 Orang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Si Rusa |
Tujuan
- Memberi latihan cara membina aplikasi dengan berpandukan modul yang disediakan.
Aktiviti
- 1. Permulaannya, peserta membuat pendaftaran dan diikuti taklimat advokasi mengenai penjagaan komputer.
- 2. Para peserta diberi taklimat secara ringkas mengenai definisi aplikasi android.
- 3. Peserta diberi modul pembinaan aplikasi Android.