Tarikh   23 September 2018
Masa   10.30 am hingga 12.30 pm
Peserta : 1 Orang
Lokasi : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Si Rusa

 

Tujuan

Tujuan kelas usahawan ini adalah menerangkan langkah-langkah untuk usahawan membuat kertas kerja perancangan sebelum memulakan

perniagaan.

Aktiviti

1.  Pertama, peserta menerangkan secara draf di kertas untuk perancangan produk yang dikehendaki.

2.  Petugas membantu peserta membuat carian contoh-contoh yang boleh dijadikan rujukan.

3.  Dimulakan dengan peserta menaip latar belakang, objektif syarikat, strategi pemasaran dan lain-lain lagi.

4.  Seterusnya, petugas mengajar agar untuk membuat perancangan harga terhadap produk ataupun perkhidmatan.

Gambar Disini

Tarikh  14 September 2018
Masa   2.30 pm hingga 4.30 pm
Peserta : 1 Orang
Lokasi : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Si Rusa

 

Tujuan

Tujuan kelas usahawan ini adalah sedikit sebanyak untuk membantu usahawan mempromosikan produk dan mendedahkan penggunaan laman web

Shopee.

 

Aktiviti

1.  Petugas menerangkan fungsi shopee terlebih dahulu.

2.  Petugas dan peserta berbincang untuk mempromosikan produk beliau.

3.  Peserta diminta untuk membuka laman web www.shopee.com.my. dan diikuti dengan mendaftar di laman tersebut.

4.  Petugas menunjukkan langkah-langkah untuk memuatnaik produk dan lain-lain lagi.

Gambar Disini

Tarikh  1 September 2018
Masa   10.00 am hingga 12.00 pm
Peserta : 5 orang
Lokasi : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Si Rusa

 

Tujuan

Kelas pendaftaran SPA ini dijalankan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar SPM untuk membuat pendaftaran

kerja kosong di laman ini kelak.

Aktiviti

1.  Permulaannya, petugas menerangkan kegunaan dan definisi E-Waste.

2.  Petugas meneruskan kelas dengan menerangkan laman sesawang SPA.

3.  Peserta diminta untuk membuka laman web seperti yang ditunjukkan.

4.  Selepas itu, peserta cuba mengisi butiran diri, akademik dan lain-lain lagi.

Gambar Disini

Tarikh  7 September 2018
Masa   2.30 pm hingga 4.30 pm
Peserta : 10 Orang
Lokasi : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Si Rusa

 

Tujuan

Mengulangi mata pelajaran Sains & Matematik, serta melihat kemahiran pelajar menyelesaikan puzzle online.

 

Aktiviti

1.  Kelas dimulakan dengan permainan puzzle online dalam kalangan pelajar.

2.  Petugas meneruskan kelas dengan menerangkan tentang pembelajaran seterusnya.

3.  Peserta diminta untuk membuka laman web quizziz dan menjawab soalan kuiz yang telah disediakan.

4.  Selesai menjawab kuiz, pelajar dan petugas membuat semakan soalan dan jawapan kuiz.

Gambar Disini

 

 

Tarikh  19 Ogos 2018
Masa   10.00 am hingga 12.00 pm
Peserta : 9 Orang
Lokasi : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Si Rusa

 

Tujuan

Kelas bersama pelajar-pelajar UPSR ini adalah untuk membantu pelajar membuat semakan penggunaan grammar dalam ayat

dengan betul.

 

Aktiviti

1.  Permulaannya, petugas memberi taklimat mengenai buli siber.

2.  Petugas meneruskan kelas dengan menerangkan tujuan kelas pada hari ini.

3.  Peserta diminta untuk membuka laman web https://app.grammarly.com/.

4.  Mereka diminta untuk memasukkan akaun email terlebih dahulu, dan diikuti dengan penerangan daripada petugas.

Gambar Disini