Tarikh  23 Februari 2019
Masa  10.00 am hingga 12.00 pm
Peserta : 2 Orang
Lokasi : Pusat Internet Kg Si Rusa

 

Tujuan

Kelas usahawan ini adalah merupakan kelas sambungan bagi memahirkan usahawan membuat poster menggunakan Microsoft Word. 

 

Aktiviti

  1. 1. Permulaannya, peserta diminta membuka aplikasi Ms Word terlebih dahulu.
  2. 2. Peserta diajar membuat carian beberapa gambar di laman google.
  3. 3. Petugas mengajar memasukkan gambar-gambar dan membuat suntingan dengan menggunakan pilihan format dan color.
  4. 4. Akhir sekali, peserta memasukkan beberapa hiasan dan font yang menarik untuk dipromosikan.
 
Gambar Disini
Tarikh  10 Februari 2019
Masa  10.00 am hingga 12.00 pm
Peserta : 1 Orang
Lokasi : Pusat Internet Kg Si Rusa

 

Tujuan

Bersama salah seorang peserta dalam membantu beliau membeli modul-modul peperiksaan daripada email dan juga menggunakan

'online banking'.

Aktiviti

  1. 1. Petugas membantu peserta untuk membuat bayaran modul-modul yang ingin dibeli di laman maybank2u.com.
  2. 2. Petugas juga mengajar bagaimana cara untuk menggunakan transaksi di maybank2u.
  3. 3. Seterusnya, petugas meminta peserta untuk mengesahkan pembelian melalui email dan menunggu maklumbalas pengesahan.
  4. 4. Akhir sekali, petugas memuat turun modul-modul dengan memasukkan kata laluan yang diberi.
 
Gambar Disini
Tarikh  20 Januari 2019
Masa  10.00 am hingga 12.00 pm
Peserta : 2 Orang
Lokasi : Pusat Internet Kg Si Rusa

 

Tujuan

Tujuan latihan ini adalah untuk memperkenalkan kepada usahawan tentang penggunaan website agrobazaar online bagi menemukan pengeluar dan pengguna.

 

Aktiviti

  1. 1. Sebelum latihan usahawan dimulakan, petugas memberi taklimat mengenai penggunaan I-Health.
  2. 2. Kelas bermula dengan peserta perlu log masuk ke dalam website agrobazaar.com.my, menggunakan email masing-masing.
  3. 3. Seterusnya peserta diminta untuk kemaskini butiran perniagaan seperti alamat, peta lokasi kedai dan lain-lain.
4. Peserta boleh menambah gambar dan harga produk yang bersesuaian.  Tambahan lagi peserta perlu membuat beberapa penerangan mengenai
produk dan kedai mereka.
 
Gambar Disini
Tarikh  2 Februari 2019
Masa  10.00 am hingga 12.00 pm
Peserta : 3 Orang
Lokasi : Pusat Internet Kg Si Rusa

 

Tujuan

Kelas kali ini adalah untuk bersama-sama peserta wanita mencari kekosongan kerja di job sites seperti spa, jobstreet dan lain-lain lagi.

 

Aktiviti

  1. 1. Pertama, petugas menerangkan ringkasan bagaimana untuk mencari kerja di laman internet.
  2. 2. Peserta diarahkan untuk membuka laman spa terlebih dahulu dan mengisi beberapa butiran di laman kerajaan tersebut.
  3. 3. Seterusnya, petugas membantu peserta untuk mencari pekerjaan di jobstreet dan beberapa laman sesawang badan kerajaan.
 
Gambar Disini
Tarikh  12 Januari 2019
Masa  10.00 am hingga 12.00 pm
Peserta : 1 Orang
Lokasi :  Pusat Internet Kg Si Rusa

 

Tujuan

Untuk membantu warga dewasa untuk membuat pendaftaran interim program bagi penempatan semula pekerjaan di bawah Perkeso.

 

Aktiviti

1.  Petugas mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PI Kg SiRusa.
2.  Petugas membantu peserta untuk membuat carian laman sesawang https://www.perkeso.gov.my/sip/
3.  Seterusnya, peserta memasukkan butiran diri, keluarga dan pekerjaan terdahulu.
4.  Bagi meneruskan penghantaran pendaftaran, peserta juga perlu memasukkan butiran pendapatan dan majikan.
 
Gambar Disini