Tarikh | 18 November 2018 |
Masa | 10.00 am hingga 1.00 pm |
Peserta | : 7 Orang |
Lokasi | : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Si Rusa |
Tujuan
Kelas ICT dan usahawan kali ini bersama-sama Volunteer PI Kg SiRusa dalam membantu golongan-golongan belia untuk memperkasa lagi kemahiran berkaitan ICT dan penggunaan Media Sosial.
Aktiviti
1. Pertama, sesi pendaftaran diadakan dan minum pagi pada jam 9.30 pagi.2. Petugas dan sukarelawan memulakan dengan aktiviti taklimat advokasi, scam alert dan klik dengan bijak.3. Kuiz advokasi dijalankan selepas itu bagi melihat kefahaman peserta-peserta, yang dilaksanakan oleh sukarelawan PI.4. Peserta diteruskan dengan kemahiran keusahawanan seperti pemasaran menggunakan media sosial.5. Setelah selesai, peserta diajar asas fotografi dan diakhiri dengan tugasan. Gambar DisiniTarikh | 15 November 2018 |
Masa | 10.00 am hingga 1.00 pm |
Peserta | : 20 Orang |
Lokasi | : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Si Rusa |
Tujuan
Kelas ICT kali ni bersama-sama membantu klien AADK Port Dickson akan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian.
Ia juga dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai isu-isu penipuan internet.
Aktiviti
1. Pertama, sesi pendaftaran diadakan serta membuat pembahagian kumpulan terlebih dahulu.2. Petugas dan sukarelawan memulakan dengan aktiviti taklimat advokasi iaitu penipuan internet dan berkongsi secara berlebihan.3. Kuiz dijalankan selepas itu bagi melihat kefahaman peserta-peserta.4. Peserta diajar bagaimana untuk menaip dengan 10jari.5. Setelah selesai, peserta perlu menyelesaikan cantuman puzzle / bentuk segi tiga secara berkumpulan. Gambar DisiniTarikh | 11 Oktober 2018 |
Masa | 9.30 pm hingga 12.30 pm |
Peserta | : 8 Orang |
Lokasi | : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Si Rusa |
Tujuan
Kelas usahawan ini diadakan bagi membantu para usahawan yang ingin mengetahui tentang kaedah penanaman sayur hidroponik termudah serta
tahap penjagaan yang terperinci.
Aktiviti
1. Sesi pendaftaran dijalankan sebelum kelas bermula
2. Seterusnya, petugas mengambil peluang untuk mempromosikan aplikasi dashboard komuniti.
3. Peserta diberi taklimat akan kaedah penanaman keratan dan pengenalan racun organik buatan sendiri.
4. Setelah itu, pengajar menerangkan apa itu aquaponic dan agropreneur.
5. Terakhir, peserta didedahkan dengan 'trick & tips' penjagaan tanaman serta mengadakan sesi Q&A.
Tarikh | 4 November 2018 |
Masa | 10.30 am hingga 12.30 pm |
Peserta | : 6 Orang |
Lokasi | : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Si Rusa |
Tujuan
Tujuan kelas ini dijalankan untuk membantu pelajar-pelajar cara untuk membuat kad hari jadi dengan menggunakan Ms Power Point.
Aktiviti
1. Pertama, petugas memulakan dengan aktiviti taklimat advokasi iaitu penipuan internet dan berkongsi secara berlebihan.
2. Kuiz dijalankan selepas itu bagi melihat kefahaman pelajar-pelajar.
3. Peserta diminta untuk membuka Ms Power Point dan mencari gambar-gambar yang menarik berkaitan dengan hari jadi.
4. Petugas menerangkan langkah demi langkah untuk menghasilkan kad tersebut.
Tarikh | 7 Oktober 2018 |
Masa | 2.30 pm hingga 4.30 pm |
Peserta | : 3 Orang |
Lokasi | : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Si Rusa |
Tujuan
Kelas ini dijalankan bagi membantu komuniti untuk mendaftar/kemaskini profil Touch n Go dan seterusnya membuat cetakan.
Aktiviti
1. Petugas mempromosikan kelas latihan dan program yang bakal diadakan di PI Kg SiRusa.
2. Seterusnya, petugas menerangkan langkah-langkah untuk membuat pendaftaran profil Touch n Go.
3. Peserta diminta untuk membuka laman web http://www.touchngo.com.my dan membuat pendaftaran menggunakan Email.
4. Petugas menunjukkan langkah-langkah untuk membuat cetakan di pilihan 'transaksi'.