Tarikh | 6 Januari 2019 |
Masa | 10.00 am hingga 12.00 pm |
Peserta | : 9 Orang |
Lokasi | : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Si Rusa |
Tujuan
Untuk melahirkan pelajar yang minat akan penyuntingan video khususnya dalam bentuk animasi.
Aktiviti
1. Petugas memulakan kelas dengan meminta pelajar-pelajar mencipta email terlebih dahulu.2. Peserta diberi penerangan tentang fungsi dan manfaat menggunakan powtoon.
3. Pelajar mula menggunakan powtoon dengan memasukkan tema background.
4. Selepas itu, petugas mengajar bagaimana untuk memasukkan text, character dan sound. Gambar Disini
Tarikh | 23 Disember 2018 |
Masa | 10.00 am hingga 12.00 pm |
Peserta | : 6 Orang |
Lokasi | : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Si Rusa |
Tujuan
Pada cuti sekolah ini, petugas menjalankan permainan pendidikan bagi mengisi masa lapang dan melahirkan rasa minat pada mereka untuk berkunjung ke PI Kg SiRusa.
Aktiviti
1. Pada permulaan, petugas menerangkan beberapa pengisian mengenai permainan hari ini.2. Petugas memulakan permainan bingo terlebih dahulu.3. Peserta diminta memasukkan sebanyak 25 nombor ke dalam paparan komputer mereka.4. Seterusnya, petugas memberikan beberapa bentuk puzzle yang telah diasingkan supaya mereka dapat mencantumkan semua menjadi empat segi tepat. Gambar DisiniTarikh | 9 Disember 2018 |
Masa | 10.00 am hingga 12.00 pm |
Peserta | : 3 Orang |
Lokasi | : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Si Rusa |
Tujuan
Kelas kali ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan warga emas dan dewasa untuk membuat memo ringkas.
Aktiviti
1. Pertama, sesi pemeriksaan tekanan darah tinggi dilakukan dahulu untuk merekod data peserta.2. Petugas memulakan kelas dengan menerangkan pengisian pembelajaran kali ini.3. Peserta diminta untuk mencari logo berkaitan di laman google.4. Seterusnya, mereka diajar untuk membuat copy paste dan akhir sekali diajar untuk membuat memo ringkas. Gambar DisiniTarikh | 15 Disember 2018 |
Masa | 10.00 am hingga 1.00 pm |
Peserta | : 2 Orang |
Lokasi | : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Si Rusa |
Tujuan
Tujuan pembelajaran Adobe Photoshop ini untuk mendedahkan kepada peserta akan teknik-teknik asas manipulasi grafik.
Aktiviti
1. Pada permulaan, petugas memberi definisi akan perisian yang digunakan untuk manipulasi grafik terutamanya Adobe Photoshop.2. Peserta ditunjukkan akan perbezaan grafik sebelum dan sesudah diedit.3. Petugas menunjukkan cara mereka grafik yang diberi.4. Peserta membuat tugasan dengan mengedit grafik mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan. Gambar DisiniTarikh | 1 Disember 2018 |
Masa | 10.00 am hingga 12.00 pm |
Peserta | : 6 Orang |
Lokasi | : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg Si Rusa |
Tujuan
Pada kali ini, pelajar didedahkan lebih terperinci cara mudah untuk copy paste gambar daripada laman internet serta membuat album gambar.
Aktiviti
1. Pertama, taklimat advokasi mengenai berkongsi secara berlebihan.2. Petugas memulakan penerangan mengenai pembelajaran pada kali ini.3. Pelajar memilih gambar-gambar seperti yang diminta oleh petugas.4. Pelajar diajar cara copy paste dengan mudah dan hias gambar mengikut susunan yang betul.5. Setelah selesai, pelajar membuat cetakan gambar dan membuat album. Gambar Disini