Tarikh : 5 Januari 2018
Masa   3 pm hingga 5 pm
Peserta :  6 orang
Lokasi :  Pusat Internet 1Malaysia Kg Si Rusa

Kemaskini : 23/01/2018

 

Tujuan : 

Tujuan kelas latihan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang bacaan yasin secara atas talian. Ia juga bertujuan untuk memperbaiki bacaan surah yasin dan mengetahui hukum tajwidnya.

 

Aktiviti :

    1. Petugas memulakan dengan penerangan Klik Dengan Bijak terlebih dahulu.
    2. Petugas meminta pelajar untuk mengambil wuduk sebelum memulakan bacaan yasin.
    3. Diketuai oleh pelajar lelaki bagi bacaan yasin.
    4. Setelah selesai bacaan yasin, petugas memulakan pembelajaran sedikit mengenai hukum-hukum tajwid.

Gambar Disini

 Tarikh : 16 Disember 2017
Masa   2.30 petang hingga 4.30 petang
Peserta :  3 orang
Lokasi :  Pusat Internet 1Malaysia Kg Si Rusa

Kemaskini : 22 Disember 2017

 

Tujuan : 

Memperkenalkan kepada peserta akan cara-cara asas Photoshop CS6 dan Cloud Drive 

Aktiviti :

  1. 1)Langkah pertama,mewujudkan email .
  2. 2)Seterusnya, menggunakan email tersebut untuk membuka akaun di Microsoft CloudDive
  3. 3)Setelah login,peserta boleh muat turun dan muat naik fail peribadi di dalam cloud drive tersebut sebagai storan sandaran (Backup Storage)
  4. 4)Untuk kelas photoshop,peserta diajar Tool asas dan diberi amali untuk menyunting grafik

Gambar Disini

Tarikh : 07 Oktober 2017
Masa   09.30am hingga 11.30pm
Peserta :  8 orang
Lokasi :  Pusat Internet 1Malaysia Kg Si Rusa

Tujuan : 

Aktiviti ini membolehkan para peserta mengetahui cara menggunakan web whatsapp bagi memudahkan urusan kerja menggunakan komputer sahaja agar tidak bergantung kepada telefon bimbit.

Aktiviti :

Permulaannya, petugas meminta peserta kemaskini whatsapp bagi versi yang baru.  Seterusnya peserta diberi pendedahan apakah fungsi dan tujuan bagi penggunaan web whatsapp iaitu antaranya boleh menghantar sebarang dokumen yang berada di dalam komputer melalui whatsapp.

Gambar Disini

Tarikh : 19 November 2017
Masa   10 am hingga 12 pm
Peserta :  6 orang
Lokasi :  Pusat Internet 1Malaysia Kg Si Rusa

Tujuan : 

Memperkenalkan kepada Usahawan akan cara-cara membuat sendiri laman web yang ringkas dan murah 

Aktiviti :

  1. 1) Langkah pertama,mewujudkan email atau facebook.
  2. 2) Seterusnya, menggunakan email atau facebook tersebut sebagai login ID di dalam webmaster
  3.     Di dalam webmaster,pilih template dan edit website masing-masing yang sesuai dengan kategori produk
  4. 3) Publish laman web yang telah siap

Gambar Disini

 Tarikh : 24 September 2017
Masa   10.00am hingga 12.00pm
Peserta :  5 orang
Lokasi :  Pusat Internet 1Malaysia Kg Si Rusa

 

Tujuan : 

Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai laman iklan bagi memudahkan usahawan yang ingin membuat pasaran di dalam negara.

Aktiviti :

Peserta diberi pendedahan dengan mendaftar masuk percuma untuk menambah produk atau jualan sendiri.  Selain itu, peserta diajar untuk melihat beberapa kategori yang lain seperti mobile, kereta, sewa rumah dan lain-lain.

Gambar Disini